Malam ini, cuba baca Surah al-Mulk.
Surah ini selain menjadi pelindung daripada azab kubur, juga menjadi peringatan agar kita tidak hanyut dalam kelalaian.
Bila sampai ayat kedua nanti, berhenti sekejap dan renungkan ayat ini:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ
“Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan ...” (al-Mulk: 2)
Perasan tak yang Allah SWT sebut kematian dahulu dan baru kehidupan?
Susunan kalimah al-Quran bukan kebetulan dan ada hikmah yang mendalam.
Para ulama tafsir menyebut beberapa rahsia di sebalik penyusunan ini.
Antaranya ialah kerana kematian itu adalah asal bagi semua makhluk.
Kita diciptakan daripada tiada kepada ada.
Daripada keadaan mati kepada hidup.
Kemudian selepas melalui kehidupan dunia, kita akan kembali kepada kematian.
Namun kematian selepas itu bukanlah pengakhiran.
Sebab kematian bukan ketiadaan secara mutlak.
Kematian hanyalah perpisahan antara tubuh dan roh.
Sebuah perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.
Bila kita mati, kita berpindah dari dunia menuju ke Akhirat.
Sebab itu kata al-Imam al-Qurtubi:
خَلَقَكُمْ لِلْمَوْتِ وَالْحَيَاةِ، يَعْنِي لِلْمَوْتِ فِي الدُّنْيَا وَالْحَيَاةِ فِي الْآخِرَةِ
"Allah SWT menciptakan kamu untuk mati dan hidup, iaitu mati di dunia dan hidup di Akhirat."
Maka hidup yang kita lalui sekarang ini bukanlah hidup yang sebenar.
Ia cuma peluang yang sementara untuk beramal, mengumpul bekalan dan membetulkan arah tujuan.
Di Akhirat kelak barulah kehidupan itu benar-benar bermula.
Sumber: Tafsir al-Qurtubi
Fakhri Fadzli
Barzakh and Quantum Physics
A realm that exists beyond space and time — yet sees you now.
This is the Islamic afterlife like you've never understood it before.
🧵👉
Mechanisms of virus-induced thrombocytopenia:
Thrombocytopenia occurs either via decreased platelet production or increased platelet destruction.
https://t.co/9i3huY950m
"Dia dah dapat kerja, aku belum"
"Dia dah naik pangkat, aku belum"
"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"
"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"
Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini?
“Fa Aina Tazhabun?”
Ke manakah kamu hendak pergi?
Inilah soalan yang Allah tanyakan dalam surah al-Takwir.
Setelah ditegakkan segala hujah, setelah dibentangkan kebenaran demi kebenaran, Allah bertanya kepada mereka yang masih berpaling:
“Ke mana kalian sedang menuju?”
Malam ini malam ke-27 Ramadan, salah satu malam ganjil dan para ulama berpendapat bahawa kemungkinan berlakunya lailatulqadar.
Maka sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah pada malam ini dan juga pada malam-malam Ramadan yang berbaki. Hidupkan solat sunat, bacaan al-Quran, zikir dan selawat.
Semoga amalan kita diterima Allah ﷻ insya-Allah.
#ustazwadiannuar
Good sharing , Mag.
Izinkan saya tambah berdasarkan pengalaman.
20-29 bila mula habit konsisten menyimpan, beruntung. Sebab dapat manfaatkan compounding effect. Mula amaun kecil dah ok (gambar ketiga)
Bola salji bila golek lama-lama besar dia. Pelaburan long-term term pula, umur sebegini sesuai sangat letak 'high risk, high return' .
Dalam graph boleh nampak jelas sini, 30-39, komitmen makin bertambah, mungkin adjustment diperlukan. Saya jumpa ramai yang fasa sebegini tight cashflow.
40-49 : Fasa networth atau wealth dah bertambah. Mula bersedia untuk fasa pra-persaraan. Anak masuk tertiary education paling banyak pakai duit jika tak ada biasiswa.
50-59 : Fasa pre-preservation. Risiko pelaburan minimal. Anak-anak berkahwin. Kos.
60-69 : Preservation. Simpanan di tempat pulangan 3-4% setahun dah cukup. Ambil dividen tahunan sebagai passive income. Boleh dikatakan kos perubatan banyak guna fasa ni.
Yg usia 20-29 dekat sini dah perlu perhatikan apa yg usia 30-39 sedang borakkan; loans, interest, saving money, rumah, sewa, kenduri kahwin etc.
The earlier you know how to manage your money, the better for you in the future.
Practice delayed gratification. Jangan cepat terliur dengan sale, jualan murah, makanan viral, FOMO ni semua.
Don't concern too much kau punya imej luaran, MyVi is okay, used car is okay, menyewa selama 10-15 tahun is okay, baju bundle is okay. You don't need that many sneakers or handbags.
*ironi jugalah sebab aku pun ada jual benda-benda yang disebut.
Learn to sell now, nampak ada benda tak pakai dekat rumah tu, up je dekat Carousell, elakkan hoarding.
Kawan lain ada gym membership, no worries, just biasakan banyak berjalan, kumpul duit beli treadmill letak dekat rumah. Just keep looking for a cheaper way to do things, pasti ada.
Dan antara yg paling mencabar ialah mencari partner hidup yg faham pasal benda ni.
Islam lebih mengutamakan nikah, lagi simple lagi bagus; dan kalau kau datang dari keluarga yg sederhana tiada harta, benda yg kau kena elak ialah kenduri kahwin yg cecah 5 angka. Fasa ni crucial sebab ia akan melibatkan mak bapa, saving face, budaya dan macam-macam. Kau tak buat kenduri grande, orang akan mengata, lagi tebal muka kau untuk ignore those voices, lagi baik masa depan kau nanti.
Kebiasaan kau utk delay nafsu waktu muda, abaikan kata-kata orang, pandai simpan duit, benda tu akan compound selepas beberapa tahun, one day you will understand how money works.
Fasting is proof that you can stop bad habits
Taraweeh is proof that you can pray voluntary prayers at night
Suhur is proof that you can wake up for Fajr
Islam isn't hard, you just haven't realized your potential yet