Benda paling aku suka as a doctor adalah senyuman patient aku masa discharge.
"Okay doctor balik dulu! Jumpa lagi ya!"
*dalam hati*
"jangan la jumpa lagi kau dah kenapa nak masuk hospital banyak kali"
Kalian;
Buatlah banyak kenangan.
Tangkap gambar orang yang kalian sayang, berbual dengan mereka tak kisahlah sekejap ataupun benda remeh sekalipun.
Bagitahu mereka yang kalian sayangkan mereka.
Nyawa pada waktu sekarang mudah direntap tanpa amaran.
Buatlah banyak kenangan.
Aku rindu futsal, aku rindu festival, aku rindu pergi majlis kahwin, aku rindu lepak sampai 2-3 pagi dengan kawan kawan aku kat mamak, aku rindu jem nak masuk masjid sebab solat jumaat. Semoga tuhan panjangkan umur aku untuk lalui ini semula. InsyaAllah.