Sekarang ini di Tebing Barat situasi makin susah untuk rakyat Palestin
Sumber pendapatan diorang dihapuskan sebab tanah dan ladang pokok Zaitun dirampas atau dimusnahkan
Ada kena halau dari rumah sbb Israel kata diorang duduk tak sah.
Ada jugak kena kepung
Tak campur lagi penduduk haram Israel ambik tindakan sendiri untuk kacau rakyat Palestin
TERKINI
Penduduk Palestin di Al Jalda dan Kejiranan Ain Deir Baha di Al Khalil(Hebron), Tebing Barat membuat protes mendesak agar mereka dibenarkan pulang semula ke rumah mereka di sana
Ini selepas IDF mengepung AL Khalil menyebabkan lebih 2,000 rakyat Palestin diusir atau kehilangan tempat tinggal
Isu Ahli Parlimen ponteng ni.
Tempat kerja Ahli Parlimen = Parlimen.
Purata 73 hari kena datang setahun. Ada yang sampai 80 hari.
Untuk gubal dasar, bahas isu negara, luluskan usul, rangka polisi untuk negara.
Ahli Parlimen bukan kerjanya duduk di kawasan dia selesaikan masalah mereka. Itu sebenarnya tugas ADUN.
Sengaja ponteng hadir Parlimen = Dia tak jalankan tugas.
Ahli Parlimen bukan tugasnya bagi ceramah agama kat kawasan mereka.
Begitulah.
Mungkin ramai takleh Imagine Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 ni dari mana ke mana
Fasa 1 melibatkan Sindumin ke Kudat dan dari Ranau ke Tawau
Bayangkan berapa ramai Rakyat Sabah akan senang kalau projek ni siap ikut jadual . Berapa banyak pelaburan boleh dibawa dan kawasan baru boleh dibuka kerana ada kekuatan logistik
Kontraktor dan mereka yang terlibat telah mengkhianati rakyat Sabah dan wang rakyat
Mereka sepatutnya disiasat dan dihukum.
SKANDAL BARU MALAYSIA DI SABAH
Malaysia dihimpit Skandal baru apabila Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan yang Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sabah hanya siap 11.7 peratus padahal Kerajaan sudah membayar 94.6 Peratus kos projek atau RM 10.547 Bilion
Projek ini juga turut terlewat selama 5 Tahun. Sepatutnya ia disiapkan pada 2021. Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara PAC akan menjalankan siasatan ke atas mereka terlibat dalam projek ini susulan perkara berkenaan
Dilaporkan punca Projek ini lewat kerana
1) 19 pakej projek dimulakan sebelum Laporan Penilaian Alam Sekitar
2) 57 Arahan Perubahan Kerja diluluskan tanpa kebenaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Lembaga Perolehan Jabatan Kerja Raya melibatkan kos RM 513.99 Juta
3) RM 163.64 Juta dibayar tanpa kontrak kepada kontraktor atau perunding projek
4) Kehilangan 77,299 Fail Pemantauan Projek
5) Kerajaan tidak menuntut semula dana pendahuluan kerajaan untuk kerja utiliti berjumlah RM 41.37 Juta
6) Banyak kontraktor belanja berlebihan kerana pengurusan projek yang lemah dan melanggar banyak peraturan kewangan. Serta masalah pengurusan dalam pembinaan projek menyebabkan kelewatan melampau
Disebabkan itu. Kos Projek ini meningkat sebanyak RM 484 Juta dan menyebabkan Lebuhraya ini hanya boleh siap pada 2030. Dari 2016-2026 hanya 4 bahagian projek daripada 35 bahagian Projek disiapkan. Baki 31 projek melibatkan 9 bahagian ialah projek sakit, 13 lewat dari jadual dan 9 mendahului jadual namun belum siap. 35 Bahagian Projek itu adalah sepanjang 706 km keseluruhan.
Kos untuk Projek Fasa 1A juga meningkat melebihi had maksimum kerajaan sebanyak RM 987 Juta susulan masalah ini kepada RM 11.323 Bilion dan Kerajaan terpaksa menangguhkan Fasa 2 dan Fasa 3 projek ini
PAC memaklumkan masalah ini bukan sahaja melibatkan kontraktor di tapak pembinaan, tetapi juga melibatkan masalah pentadbiran dan pengurusan di peringkat kerajaan. Disebabkan itu Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan JKR Sabah akan turut dipanggil PAC untuk siasatan Menyeluruh
TERKINI
500,000 rakyat Palestin di Gaza bakal kelaparan selepas Program Makanan Dunia WFP PBB memotong bantuan bulanan di sana
Ini kerana dana untuk WFP dipotong dan disekat ketika ini
Bantuan bulanan Merosot dari 1.6 Juta orang kepada 1.1 Juta orang rakyat Gaza
Dengar lah geng geng LLM
Ramai org pro buat Apps dah mula nasihat ni
Berhentilah Malaysia dengan masalah sama
Perkenalkan buatan tempatan. Buat sampah. Server sampah hang lah takleh handle semua
Niat sahaja tak cukup. Pelaksanaan kena power
TERKINI
7 disahkan Terbunuh dan 24 Cedera dalam 24 Jam terakhir keganasan Israel di Gaza
Sejak gencatan senjata pada 11 Oktober 2025. 1,534 orang terbunuh dan 5,486 orang cedera dan 841 Jenazah ditemui
Jumlah korban ialah 74,494 orang dan 175,604 cedera sejak 7 Oktober 2023