Ramai orang silap faham pasal Hari Arafah.
Mereka ingat persediaan cuma perlu dibuat pada pagi hari kejadian. Akhirnya, 3 jam pertama habis melopong sebab tak tahu nak mula zikir atau doa apa dulu.
Satu thread ringkas macam mana nak "secure" 15 jam terbaik tahun ni. 👇
Puasa Hari Arafah ni satu 'deal' yang terlampau besar. Lapar dan dahaga sehari jer, tapi Allah padam dosa kita untuk 2 tahun. Sediakan niat awal-awal supaya pagi tu kita tak ada rasa ragu-ragu nak bangun.
Tolong tulis "Dua List" korang malam ni juga. Jangan bajet ingatan kita kuat. Bila tengah nangis depan sejadah nanti, otak automatik jadi kosong. Bila ada nota fizikal, barulah semua hajat dunia akhirat kita dapat sebut satu-satu.
Waktu paling kritikal ialah antara Asar ke Maghrib. Ini waktu kemuncak. Letak telefon dalam laci, tutup segala notifikasi. Angkat tangan dan boraklah dengan Allah seolah-olah ini peluang terakhir kita hidup.
@meinmokhtar Bini pun buat apa? X backup ke? Awak lelaki. Lg sng nk pergi. Bkn tggjwb menantu tanggung family mertua. Tanggung isteri n anak2 n family dia sendiri je dh la. X kejam pun klau tinggalkan. Ni dh level ambik kesempatan
Pernah terfikir apa yang berlaku dalam badan bila kita berpuasa lebih 14 jam?
Ramai yang risau badan jadi lemah bila berpuasa panjang.
Hakikatnya, walaupun kita nampak lesu di luaran, tubuh kita di dalam sedang menjalankan proses rawatan biologi yang sangat epik dipanggil 'Autophagy'.
Dalam bahasa mudah, Autophagy bermaksud sel badan kita sedang 'memakan' sel-sel yang rosak untuk membersihkan tubuh.
Berikut adalah apa yang berlaku dalam 'kilang kitar semula' badan kita ketika berpuasa:
• Jam 0 hingga 12: Simpanan gula (glikogen) digunakan sepenuhnya. Tahap insulin menurun dan badan mula mencari sumber tenaga alternatif.
• Jam 14 ke atas: Otak membunyikan loceng kecemasan biologi. Suis Autophagy dihidupkan kerana badan terdesak perlukan tenaga.
• Proses Pembersihan Epik: Sel imuniti mula memburu sel pra-kanser, sisa toksin, protein rosak (punca Alzheimer), dan memecahkan lemak organ (visceral fat) untuk dikitar semula menjadi tenaga.
Sayangnya, proses penyembuhan ini sukar berlaku kalau kita kerap makan sepanjang hari (sarapan, snek, makan tengah hari, minum petang, makan malam). Suis Autophagy tidak sempat dihidupkan, menyebabkan sel rosak dan toksin terus menimbun!
S.O.P Penting Waktu Berbuka:
Apabila berbuka, sel badan ibarat span yang sangat bersih. Jangan kejutkan pankreas anda dengan air balang yang terlampau manis! Mulakan dengan kurma dan air kosong, diikuti dengan hidangan protein dan sayur-sayuran.
Kredit info kesihatan yang bermanfaat ini kepada Public Health Malaysia.
Selamat berpuasa dan merawat tubuh semua!
Kini tumpuan kita bertambah, bukan sahaja azam, tetapi istiqamah.
Kita nak kekalkan momentum ibadah ini sepanjang Ramadan, hingga ke akhir Ramadan, untuk terus pecut dengan lebih tenaga.
Soalnya, bagaimana nak istiqamah?
Saya bagi 2 tips mudah sahaja. Cuba pegang 2 tips ini.
Zikir bukan sekadar ritual spiritual, ia adalah "Bio-Hack" untuk sistem saraf anda.
Bila kita zikir dengan tenang, kita sebenarnya tengah mengaktifkan Saraf Vagus (Suis Ketenangan) untuk:
1️⃣ Turunkan kadar jantung.
2️⃣ Tekan brek pada hormon stres.
3️⃣ Hentikan "overthinking".
Rahsianya? Hembusan nafas yang panjang (cth: sebut Lailahaillallah) memberi isyarat pada otak untuk "REHAT".
Teknik 5 minit:
- Tarik nafas (4 saat)
- Hembus perlahan dengan zikir (6 saat)
Sains + Spiritual = Ketenangan.
Kredit: Public Health Malaysia