Buat peniaga, hati-hatilah ketika melakukan pekerjaan anda.
Jadikan pekerjaan tersebut sebagai ibadah, Allah ﷻ larang mengurangkan timbangan dalam jual beli, bahkan menganggap mereka sebagai ‘celaka’.
وَیۡلࣱ لِّلۡمُطَفِّفِینَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ یُخۡسِرُونَ
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Al-Muṭaffifīn, ayat 1 & 3
Champions‼️🔥
After 18 years, the Indonesia Open title for MD returned to 🇲🇾
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin 🇲🇾 won against Raymond Indra/Nikolaus Joaquin x🇮🇩
13-21
21-18
21-10
Start of veryyy shaky but the come back through out the matches, incredibly crazyyy🔥
TEAM TANGAN KUAT, the double s1000 champions!!! A new record for 🇲🇾‼️
info: Indonesia Open last won by Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan in 2008
#IndonesiaOpen2026
Saintis di Finland menjalankan satu eksperimen yang mana mereka menukar halaman tadika yang asalnya berbatu kerikil kepada tanah hutan sebenar, lengkap dengan rumput dan blok tanah gambut.
Selepas hanya sebulan kanak-kanak bermain di situ, ujian darah menunjukkan perubahan yang luar biasa.
Kepelbagaian bakteria pada kulit mereka meningkat, dan sel imun yang berfungsi untuk menenangkan badan daripada reaksi alahan (macam debunga atau kacang) bertambah dengan ketara.
Sebaliknya, kanak-kanak yang kekal di kawasan kerikil tidak menunjukkan sebarang perubahan positif ini.
Pakar berhipotesis bahawa punca utama kepada lonjakan penyakit asma dan alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah kerana kanak-kanak "terlalu bersih."
Lihat saja taman permainan sekarang yg dahulunya berlantaikan rumput dan pasir, bertukar menjadi getah dan plastik.
Statistik di Amerika Syarikat sangat membimbangkan. Misalnya, alahan kacang dalam kalangan kanak-kanak setahun melonjak tiga kali ganda antara tahun 2001 hingga 2017.
Sistem imun kanak-kanak hari ini membesar dalam persekitaran yang kekurangan pendedahan kepada bakteria semula jadi yang sepatutnya melatih badan mereka untuk jadi lebih kuat.
Tambah pula gaya hidup moden yang mengehadkan masa bermain di luar — 37% kanak-kanak prasekolah di Amerika hanya luang masa kurang sejam sehari di luar rumah — telah melumpuhkan kemampuan semula jadi badan untuk beradaptasi.
Bak kata Aki Sinkkonen (ketua penyelidik yg jalan kajian, "Paling bagus kalau kanak-kanak boleh bermain dalam lopak air dan semua orang boleh menggali tanah organik."
Sekarang, kerajaan Finland dah ambil langkah drastik dengan membiayai transformasi halaman tadika di seluruh negara untuk mengembalikan tanah dan alam semulajadi ke dalam kehidupan harian kanak-kanak.
Betul. Isteri wajib taat suami walaupun suami miskin.
Tapi suami kena ingat. Boleh jatuh hukum haram kalau ambil duit gaji isteri sepanjang perkahwinan.
Apatah lagi kalau isteri beli rumah, nama isteri, isteri bayar. Tiba-tiba bercerai, tuntut pulak harta sepencarian. Gila
Waalaikumussalam
Dari satu sudut betul, tapi tak tetap hanya isteri sahaja.
Dalam hadis Nabi ﷺ sebut belanja orang terdekat lebih afdal, rujuk status saya yang lalu.
Jika nafkah yang wajib seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian sudah dilunaskan, maka itu sudah memadai untuk suami.
Jika duit raya anak ada RM500 setahun, maka selepas 20 tahun dia akan ada paling kurang RM 10,000.
Buat ibubapa, duit anak bukan duit anda.
Dia ada hak untuk harta tersebut, jika ibubapa pinjam maka wajib bayar balik.
#FiqhDuitRaya
Mitos. Nabi pun pernah kencing berdiri dalam beberapa keadaan. Disisi Mazhab Syafie, kencing berdiri makruh jika tiada keperluan. Imam an-Nawawi dan Ibn Hajar kata harus kencing berdiri. Tak pernah ada larangan kencing berdiri sebab sembuhkan syaitan. [Fath al-Bari 1/330]
Mitos. Kata Imam an-Nawawi: Orang perempuan boleh pakai cincin di jari mana pun yang dia mahu. Adapun larangan pakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah itu untuk lelaki dan larangan itu makruh bukan haram. Lelaki sunnahnya pakai cincin di jari kelingking. [al-Minhaj 14/71 ]
Jaohhhhh dilubuk hatiii yg paling dalam sebenarnya berharap raya Jumaat, sbb dapat cuti sehari je Jumaat, itu pon mintak last minute tukar, dah laa RM muka ketat je bila mintak last minute tu. Takpelah kumpul malam raya pon meriah jugak 🥰
Kebanyakan orang ingat minyak semua sama.
Sebenarnya tidak.
Minyak mentah lebih ringan atau cerah dan rendah sulfur, sebenarnya yang paling mahal.
Sebabnya lebih mudah dan murah untuk ditapis maka menghasilkan banyak produk minyak yang bernilai tinggi (petrol, bahan api jet)
Tapi..
Minyak mentah yang lebih berat atau gelap pula, memerlukan proses penapisan yang lebih kompleks, menggunakan banyak tenaga, dan menghasilkan banyak produk bernilai rendah.
Perbandingan ringkas gred minyak utama senang je. Lagi tinggi API gravity maksudnya semakin ringan minyak dan semakin mudah ditapis.
🇲🇾 Malaysia Tapis crud~43–45° Light sweet
Sangat ringan, sulfur sangat rendah
🇮🇷 Iran Iran Light ~33–36° Medium-light
Sesuai untuk banyak kilang penapis
🇷🇺 Russia Urals crude ~30–32° Medium sour
Perlu lebih banyak proses untuk buang sulfur
🇻🇪 Venezuela Merey / Orinoco ~8–16°
Hitam pekat
Minyak yang lebih ringan → kos penapisan lebih murah → margin keuntungan lebih besar.
Jadi minyak Malaysia bukanlah minyak murah. Sangat terkenal dan menjadi rebutan seantero dunia.
Kebanyakkan Minyak "Manis" Malaysia dieksport keluar negara dgn harga yg tinggi dan Minyak "Masam" dr luar diimport masuk juga kos pemerosesan di Malayaia lebih murah ...
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.
Do you guys have a dream?
@simonsquibb: What problem in the world would you like to solve,how about that?
🗣️: I think I would like peace for Gaza.🇵🇸
Simon Squibb: How do you think we can achieve it? Any suggestions?
🗣️: stop supplying arms to Isreal.