Korang, this is serious tau 😭 tolong RT
Jomlah ramai-ramai help him out. Sekarang Adik Andy guna temporary pacemaker and he is getting weaker.
Masih ada masa untuk kita tolong, Aunty Kavitha already sold all her belongings untuk anak buah dia.
We need around RM3000 lagi 🙏🏻
Sorry tau if ramai DM tanya 🙏🏻
Sebab companies akan banyak economical crisis nanti, so right now kita kena pentingkan soft skills
Bukan ambassador ke apa, tapi I rasa BAGUS SANGAT sebab tak heavy and relatable
Kelas dia RM35 je per month, recording ada. Link I letak kat reply
🚨 EMERGENCY. TOLONG VIRALKAN 🚨
Ibu kita Puan Noriah KRITIKAL. Tadi terima panggilan Puan Noriah menangis kesakitan, kami bawa ke hospital.
Perlu pembedahan buah pinggang perlu sekitar RM3000 SEGERA kerana lewat pembedahan. Dia sangat segan minta tolong
Mari Bantu 🙏🏻
Korang, tolong viralkan and tolong mana boleh 😭
Jom tolong Acik Noriah ramai-ramai. Dia dah takde family members. Harini kita tolong dia, mana tahu nanti Allah tolong mudahkan urusan kita 🙏🏻
Kepada seluruh rakan-rakan Sabah dan Sarawak, Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai walau di mana jua anda berada.
Semoga perayaan ini disambut dalam suasana penuh kegembiraan bersama keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat, serta menjadi kesempatan untuk memperkukuh semangat muafakat, perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati bersama.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Gayu Guru Gerai Nyamai.
#doczam
Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
Dalam dunia yang semakin pantas berubah dan dibanjiri pelbagai maklumat dari pelbagai sumber, kewartawanan yang berteraskan kebenaran dan kesahihan terus menjadi tunjang penting dalam membina masyarakat yang berilmu serta mencorak pemikiran.
Wartawan bukan sekadar penyampai berita, tetapi saksi kepada perjalanan sejarah, perakam denyut nadi rakyat dan penghubung antara suara masyarakat dengan pelbagai pihak.
Terima kasih kepada seluruh pengamal media yang terus teguh memikul amanah, menjunjung etika dan menyampaikan maklumat dengan penuh tanggungjawab.
Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua pengamal media walau di mana anda berada.
#HAWANA2026
Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di mana jua anda berada.
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan. Dalam menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, marilah kita memperkukuh ukhuwah, menyantuni mereka yang memerlukan serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Salam Hari Arafah.
Di sebalik kesibukan dan cabaran kehidupan, hari yang mulia ini mengingatkan kita tentang erti kehambaan, keinsafan dan kekuatan doa.
Marilah kita memperbanyakkan istighfar, mendoakan kesejahteraan insan-insan yang kita sayangi serta memohon agar Allah SWT terus memimpin langkah kehidupan kita dengan rahmat dan petunjuk-Nya.
Moga segala amalan diterima dan seluruh umat Islam dikurniakan keberkatan, keampunan serta ketenangan jiwa.
Semoga para dhuyufurrahman yang sedang berwukuf di Arafah turut dipermudahkan segala urusan dan memperoleh haji yang mabrur, insya-Allah.
Saya merakamkan ucapan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Adli Hakim Akberdin dan Allahyarham Ameer Ashraf Khairul Annuar yang merupakan dua pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Allahyarham Afiq Jamal Abdul Nasir, yang terlibat dalam tragedi kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Sama-samalah kita mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, mengampunkan segala dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Salam Takziah.
Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline bagi Lepasan SPM untuk ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi Sesi Akademik 2026/2027 mulai hari ini 22 Mei 2026.
Layari: https://t.co/IkaMYDC2gq
KECEMASAN, BANTU RT 💔
Tak sampai hati tengok Puan Noriah kesakitan. Perlu lagi RM900 sahaja 🙏🏻
Sangat kuat amalan ibadahnya.
Bayangkan di usia begini, sebatang kara dan terpaksa tanggung sakit sendirian. Sama-sama bantu.
Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh warga jururawat yang menjadi nadi penting dalam sistem kesihatan negara.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kecekalan dan susah payah yang dicurahkan dalam merawat serta menjaga pesakit tanpa mengenal erti penat lelah. Di sebalik tugas yang mencabar, para jururawat sentiasa hadir dengan senyuman, kesabaran dan sifat memberi perkhidmatan terbaik yang tinggi.
Sesungguhnya, jasa dan bakti anda semua amat besar nilainya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Semoga semua jururawat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi insan yang membawa harapan serta kekuatan kepada masyarakat dan negara.
Terima kasih, wira dan wirawati barisan hadapan negara.
#SelamatHariJururawat
80 tahun perjuangan UMNO bukan sekadar catatan usia sebuah parti, tetapi perjalanan panjang sebuah gerakan yang lahir daripada denyut nadi rakyat dan semangat mempertahankan agama, bangsa serta tanah air.
Dari lembaran sejarah menuntut kemerdekaan, membina negara, mengangkat martabat pendidikan, memperjuangkan pembangunan luar bandar hinggalah mendepani pelbagai cabaran zaman, UMNO telah melalui jatuh bangun dengan penuh ketahanan dan pengorbanan.
Hari ini, ketika dunia berubah begitu pantas dengan cabaran teknologi, ekonomi, geopolitik dan perubahan generasi, perjuangan ini tidak boleh terus terikat pada nostalgia semata-mata. UMNO mesti terus bergerak sebagai wadah yang memahami denyut masa depan, parti yang mampu membawa suara rakyat, menyatukan masyarakat dan menawarkan harapan baharu kepada negara.
80 tahun ini mengajar kita bahawa kekuatan sebenar bukan pada nama atau sejarah semata-mata, tetapi pada keberanian untuk berubah, memperbaiki kelemahan dan terus istiqamah berkhidmat.
Perjuangan belum selesai.
Masa depan sedang menanti untuk dibina.
Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-80.
Bersatu.Bersetia.Berkhidmat.
Hari ini Tangga Istana Besar Johor memahat semula sejarah besar bangsa Melayu untuk sebuah parti yang berusia 80 tahun. Di sinilah bermula segalanya.
Merafak sembah dan menjunjung setinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan mencemar duli ke sesi fotografi yang penuh bersejarah ini bersama kepimpinan UMNO.
Junjung kasih yang tidak terhingga juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan serta sokongan dalam menyempurnakan detik yang amat bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO ini.
Sesungguhnya, peristiwa hari ini bukan sekadar rakaman gambar, tetapi simbol kesinambungan sejarah, kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu, dan tekad meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Dari Tangga Istana Besar Johor, sejarah pernah bermula. Dan dari sini juga, semangat perjuangan itu akan terus disambung untuk generasi mendatang.
Daulat Tuanku!
#UMNO80Tahun
Ibuku
Hari ini
aku menziarahimu lagi
di celah kalut waktu yang menggigit hari,
dan perjalanan hidup
yang terlalu pantas berlari.
Namun berada di sisimu
segala gelar dan dunia
tiba-tiba luruh satu persatu.
Aku kembali menjadi anak kecil
yang pernah tidur
di ribaan doamu.
Malu diriku
pada sayup suaramu
yang masih mencari namaku
di lorong ingatan yang kian berkabus.
Malu aku
kerana sering kalah kepada waktu,
sedang engkau
tidak pernah kalah mencintai anakmu.
Pada rangkai ingatan yang masih tersisa,
kau terus mengulang tanya
dengan mata yang redup
tetapi penuh kasih:
“Engkau tinggal di mana?”
“Kerja apa sekarang?”
Dan setiap kali itu
dadaku seperti disiat sunyi.
Kerana aku tahu
bukan ingatanmu yang hilang sepenuhnya,
tetapi dunia perlahan-lahan
sedang mencuri dirimu daripadaku.
Namun senyummu
masih menguntum
seperti bunga tua
yang tetap mahu mekar
meski musim hampir meninggalkannya.
Pada garis wajahmu
aku membaca seribu pengorbanan:
malam yang tidak tidur,
air mata yang disembunyikan,
lapar yang kau rahsiakan,
demi melihat anak-anakmu
membesar menjadi manusia.
Hari ini hari ibu,
tetapi bagiku,
mengingatimu
tidak pernah bernoktah pada tarikh.
Kasih kepada seorang ibu
tidak hidup pada sambutan,
tidak juga pada hadiah dan ucapan.
Ia hidup
pada denyut hati seorang anak
yang tidak pernah selesai
berhutang cinta.
Ibu,
jika suatu hari
kau lupa seluruh dunia,
lupa nama-nama kami,
lupa jalan pulang,
bahkan lupa siapa dirimu sendiri
ketahuilah,
aku tidak akan lupa
bahawa dari rahimmulah
aku belajar tentang cinta
yang paling suci di dunia.
Doamu
masih menjadi langit teduh
di atas hidupku.
Redhamu
masih menjadi jalan pulang
bagi jiwa yang rundung.
Dan andai waktu
terus mencuri ingatanmu satu persatu,
izinkan aku pula
menjadi penjaga kenangan itu
mengulang kembali kisah-kisah kita,
sehingga hujung usiamu,
dengan kasih
yang tidak akan pernah selesai.
Selamat Hari Ibu,
buat perempuan bernama syurga
yang pernah memanggilku
“anakku.”
Selamat Hari Ibu❤️