Qadar
- Andai telah tertulis untukmu,
Ia akan mencarimu ; tanpa sesat
sesaat.
Sabar
- Apa yang Allah tetapkan untukmu,
sudah pun menjadi milikmu, meski
belum kau genggam.
Tawakal
- Andai takdirmu tersimpan di langit
tujuh, tiada satu jiwa pun mampu
merampasnya darimu.
Bila Ustaz Kazim kata:
“Jangan pernah terasa hati dengan orang yang lupakan kita walaupun kita selalu bantu dia, sebab Allah sentiasa ada dan tidak pernah lupakan kita”
Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita. Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan. Hakikatnya kita silap..