Now dah biasa sangat fast dopamine dari short vids kan.
I rasa the only solution nak paksa diri untuk dpt fokus balik and train otak untuk tak kena brainrot adalah kita baca buku. PHYSICAL BOOKS ye!
Tapi tu la bukan senang nak ada displin baca buku ni 😹
Nabi SAW bukan diutus kepada bangsa Arab kerana bangsa Arab teruk. Itu mitos.
Tetapi Nabi Akhir Zaman dilantik dari bangsa Arab, kerana mereka bangsa yang moralnya paling baik dan mulia.
Allah memilih rasul-Nya creme of the creme. Sebab itu gelarannya al-Mustafa.
Kawan Cina saya ajar, kalau cuaca panas sangat, minum teh akar sejuk Tan Ngan Lo.
Alhamdulillah, berkesan untuk ringankan panas badan. Harga tak mahal, anda boleh cari di kedai ubat Cina. Hanya tunjukkan gambar ini.
Terima masih viralkan teknik lembutkan daging 5:30:7. Dah 5 kali buat 5 kali jadi! Kalu tak sebelum ni ada yang liat dan berejam nak lembutkan 🥹
Hari ini masak daging masak kicap + ubi kentang🫶🏻
Malam Lailatul Qadar bermula selepas waktu Maghrib, hingga waktu Subuh.
“ Lailatul Qadar terjadi pada 10 malam terakhir Ramadan, biasanya malam ganjil. “
- Riwayat Bukhari dan Muslim
19 Ramadan 1447H
Someone attached a camera to a mountain goat to document its daily life climbing rocks from a first-person perspective. 🐏
One user commented: This is like a "software glitch" in the animal kingdom!
Ayat pada mukasurat yang si kafir ini pijak sebenarnya jadi bukti bahawa Allah hinakan mereka dan mereka pasti akan celaka di akhirat kelak.
فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡۚ وَمَا رَمَیۡتَ إِذۡ رَمَیۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِیُبۡلِیَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ مِنۡهُ بَلَاۤءً حَسَنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ
Maka, (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah yang membunuh mereka dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, melainkan Allah yang melempar. (Allah melakukan demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Surah Al-Anfal: 17]
ذَ ٰلِكُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُوهِنُ كَیۡدِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ
Demikian itu (adalah kemenangan yang besar) dan sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang-orang kafir.
[Surah Al-Anfal: 18]
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam ni dari UTK. Jadi memang nasib penembak la terselamat dari kena tembakan balas ex UTK.
Kalau tengok pada lubang peluru X70 tu, rasanya Tuan Badek ni ditakdirkan Allah sempat keluar dari kereta ( defense manuver) masa pistol meletup.
Antara benda boleh diperbaiki lagi.
Solat Sunat selepas Isya' (rawatib ba'adiayah), tingkatan kedudukannya jauh lebih utama dari Solat Tarawih.
Pahalanya juga lebih besar. Tapi dari pemerhatian, ramai tinggalkan dan tunggu Solat Tarawih je (lebih 1/3 jemaah).
Rugi pahala.
Ingat buka tingkap sikit tu 'life hack' selamat? Silap besar, Tuan-tuan dan Sis sekalian. Itu bukan lubang udara, itu lubang maut.
Ramai ingat kalau tidur dalam kereta, buka tingkap sikit, oksigen boleh masuk, gas jahat boleh keluar.
Realitinya?
Gas Karbon Monoksida (CO) dari ekzos tu sejenis 'ninja'. Dia tak ada bau, tak ada warna, tak ada rasa.
Masalahnya, gas CO ni 'jahat'. Dia akan 'ikat' sel darah merah awak 200 KALI ganda lebih kuat berbanding oksigen!
Bila dia dah masuk, oksigen tak dapat tempat. Otak dengan jantung awak perlahan-lahan 'lemas' tanpa awak sedar.
Mula-mula rasa pening lalat, lepas tu mengantuk yang amat sangat... dan akhirnya, tidur terus tak bangun-bangun.
Janganlah perjudikan nyawa sebab nak jimat duit hotel atau malas cari R&R.
Kalau ngantuk sangat, matikan enjin sepenuhnya, cari tempat lapang yang selamat, baru lelap.
Jangan cari pasal dengan pembunuh senyap ni. Nyawa tak ada jual kat kedai spare part.
#PublicHealthMalaysia #BahayaTidurDalamKereta #KarbonMonoksida #SilentKiller #JanganCariPasal #TipsKeselamatan