Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Pangkalan TLDM Pulau Indah telah dilaksanakan dengan jaya pada pagi ini.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seluruh warga pangkalan bersama keluarga dan diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi dan isteri.
Tahniah!!
Pusat Hidrografi Nasional dengan jayanya telah LULUS dalam Audit Pensijilan Semula MS ISO 9000:2015 oleh SIRIM QAS International dan sijil sah diperakui sehingga 20 Mei 2025.
#NavyUpdate#MSISO#TowardsExcellence
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KDSAAS) diantara Kdr Haniyusman bin Osman TLDM dan Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan petang ini.
#NavyUpdate
Majlis Kenaikan Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM bagi #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional dan unit bawah naungan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan di Auditorium PHN pada pagi ini.
#NavyUpdate#Tahniah
Tahniah kepada Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Pusat Hidrografi Nasional di atas kejayaan memenangi Tempat Kedua dalam Kumpulan Hibrid bagi Bidang Invovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan, Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) 2022.
#NavyUpdates
Selamat bertugas Perwira Negara!
Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga #NavyPeople Pusat Hidrografi Nasional yang akan bertugas pada 1 Syawal 1443H. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.
"TLDM SIAGA KEDAULATAN TERPELIHARA"
Seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TLDM Ke-88 kepada warga #NavyPeople, Veteran TLDM dan Keluarga Tentera Laut Diraja Malaysia.
#HariTLDM88#TLDMSiagaKedaulatanTerpelihara#SediaBerkorban
Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional hari ini dengan jayanya melaksanakan aktiviti membuat dan mengacau dodol sempena musim perayaan yang bakal tiba.
#NavyUpdates#Kerjasama
Ceramah Nuzul Quran telah diadakan di Auditorium PHN pada tanggal 18 Ramadan 1443H bersamaan 20 April 2022. Penceramah jemputan kali ini ialah Kapt Mohd Na’im bin Hj. Ahmad Al-Hafiz, Pegawai Staf 3 Agama Markas Tentera Darat.
#NavyUpdates#NavyPeople
Program Qiamullail Siri 2/22 telah diadakan di Surau Wisma Laskar seawal jam 0430H awal pagi tadi. Program ini merupakan salah satu program yang telah disusun dalam keseluruhan aktiviti Ihya’ Ramadan pangkalan TLDM Pulau Indah.
#NavyUpdates#NavyPeople#RamadanKareem
@KBMkTL@tldm_rasmi @WON_Fazli @rizalkhaty اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada dan para soleh. Alfatihah.
PROGRAM IKON LLP TLDM BAGI PELATIH 222/21 BERSAMA PWTL DAN BARISAN PWM TLDM.
Program bertujuan menyampaikan aspirasi,nasihat,panduan & harapan pimpinan Ikon LLP TLDM kepada generasi baharu ke arah kecemerlangan modal insan yg bakal menyinari masa hadapan.
#NavyPeople#BackBoneRMN
Warga #NavyPeople dari Pangkalan TLDM Pulau Indah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke 88 malam tadi.
#NavyUpdates#Ramadan2022
Ikuti rakaman penuh Ceramah Ihya’ Ramadan yang disiarkan di saluran youtube/mediaphn.
https://t.co/OdMv4fqzR3
Ceramah yang membawa tajuk “Ramadan : Tanda Kasih Allah Kepada Hambanya” telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Che Amran bin Md Yusoff.
#NavyUpdates#Ramadan2022
Ceramah Ihya’ Ramadan merupakan salah satu aktiviti dalam kerangka sambutan Hari Ulang Tahun TLDM yang Ke-88 peringkat PHN.
Program ceramah ini telah dihadiri oleh YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi bersama-sama warga #NavyPeople PHN.
"PELUANG TIDAK DATANG SENDIRI TETAPI ANDA YANG MENCIPTANYA"
Temuduga Bintara dan Laskar Kualiti Suku Tahun Pertama bagi Tahun 2022 yang dipengerusikan oleh Pegawai Waran Markas Pusat Hidrografi Nasional bertempat di Wisma Bintara, Pangkalan TLDM Pulau Indah.
#NavyUpdates
“Be a hero, save a life.”
Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional melaksanakan Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-88.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penderma yang prihatin untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama.
#NavyUpdates
Sama Lebur, Sama Binasa
Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Bintara dan Majlis Jasamu Dikenang telah dilaksanakan di Wisma Bintara, Pangkalan TLDM Pulau Indah bagi Tahun 2022 pada pagi ini.
#NavyUpdate#NavyPeople#AGM#WismaBintara