SAMBUTAN KEPULANGAN WIRA KARATE DAN WUSHU NEGARA
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol meluangkan masa menyambut ketibaan skuad karate dan wushu negara yang kembali dari Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di KLIA, awal pagi tadi.
Skuad karate negara mencipta kejayaan dengan membawa pulang dua pingat emas dan tiga pingat gangsa, manakala pasukan wushu menyumbang dua pingat gangsa.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Fasiliti Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), YBrs. Encik Mohd Raizal Yaakop.
JELAJAH KITA DENGAR ANGKAT SUARA BELIA ZON SELATAN UNTUK BELANJAWAN 2027
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol hadir ke Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Peringkat Zon Selatan yang berlangsung di Mudzaffar Hotel Melaka.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah Hasan; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin.
Jaguh Rakan Muda Musim ke-2 dan Hari Sukan Negara 2026! 🔥⚡️
Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN hadir berkongsi mengenai Jaguh Rakan Muda Musim ke-2 dan Hari Sukan Negara 2026 di slot Selamat Pagi Malaysia yang dihoskan oleh saudari Syafiqah Ishak. 🇲🇾
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung di South Paddock.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah Hasan serta barisan ketua jabatan KBS.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelajar dan pengajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah, Nilai.
Segala usaha dan ikhtiar telah digerakkan, kepada-Nya kami berserah. 🌙
Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN hadir mengiringi Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
HDX 2026 PERKUKUH EKOSISTEM DATA BELIA DAN SUKAN 📊
Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail menyempurnakan Program Penyebarluasan Hasil Penyelidikan dan Hub Data (Hub Data Exchange – HDX) 2026 anjuran IYRES di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Platform HDX merupakan inisiatif strategik IYRES dalam memperkukuh pengumpulan, analisis dan penyelarasan maklumat berkaitan belia serta sukan secara lebih sistematik, di samping menyediakan akses kepada data raya yang sahih dan terkini sebagai pusat rujukan.