Saya akur jatuh bangun dlm politik adalah lumrah tetapi ahli politik yg memegang kuasa pentadbiran tidak boleh mengamalkan politik dendam & mencari kelemahan lawan hanya untuk menaikkan nama mereka. Jalankanlah tanggungjawab dgn yakin & telus serta melaksanakan polisi yg efektif.
Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmatMu kepada pemimpin dan guruku ini @Khalid_Ibrahim dan permudahkan urusan dunia dan akhiratnya. Tiada daya bagi kami kecuali dengan pertolonganMu.
Al Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang diturunkan oleh Allah SWT kepada baginda. Marilah kita semua menghayati Al Quran dan menjadikannya panduan dalam kehidupan kita seharian demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selamat menyambut Nuzul Quran.
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan & kenikmatan oleh Allah SWT untuk sampai ke bulan Ramadan 1443H.
“Sepuluh jari disusun rapi,
Demi menzahir sesuci hati,
Salah dan silap mohon dimaafi,
Kepada Allah mengabdi diri.”
Marhaban ya Ramadhan.
Salam Isra’ Mikraj. Semoga kita mendapatkan keberkatan, keredhaan serta keampunan dari Allah SWT dengan memperbanyakkan ibadah. Aamiin ya rabbal aa la miin..
Saya, Salbiah serta keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina di Malaysia. Saya berharap sambutan ‘Year of the Tiger’ ini akan meningkatkan sikap saling memahami dan menghormati antara pelbagai kaum dan agama. Gong Ci Fa Cai!
Marilah kita berdoa agar Allah SWT terus memberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan serta merahmati segala usaha dan amalan kita semua. Selamat Tahun Baharu 2022! https://t.co/xiRq0POu86
Salam Maulidur Rasul. Marilah berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad saw. “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yg beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dgn penghormatan.” Al-Ahzab: 56.
Alhamdulillah, dialog khas online bersama Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) berjalan dengan lancar tengahari tadi. Saya berkongsi pandangan & maklumat tentang bagamana mengukuhkan ekonomi negeri ketika negara menghadapi cabaran akibat pandemik Covid-19.
Salam takziah kpd keluarga Dato Mohd Taib bin Wahab yang banyak berbakti dalam sektor pelancongan Malaysia. Salam takziah juga kpd keluarga saudara Ahmad Shuhaimi bin Hussin dari Ijok yang telah pulang ke rahmatullah awal subuh tadi. https://t.co/lgROTzvG2K
Saya tidak pernah mendapat keuntungan baik kewangan atau politik ketika berusaha memulihkan industri air Selangor. Semua tindakan & keputusan adalah demi rakyat Selangor. Malah, tindakan saya telah menyebabkan saya disingkir PKR & kehilangan jawatan MB. https://t.co/Ii7rFGIIPH
Saya dan Salbiah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin atas kehilangan anakanda Raja Azhar Kamarudin. Kami berdoa agar beliau sekeluarga tabah menghadapi kehilangan besar ini.
Seawal Subuh keluarga dan pegawai saya banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah. Syukur alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa. https://t.co/KWMH212GUk
Selamat menyambut Hari Nuzul Quran. Kami berdoa agar kita semua dapat memperbaharui tekad dan usaha untuk meningkatkan ilmu dan ketaqwaan kepada Allah SWT berpandukan alQuran dan Hadith. https://t.co/Vk35agiPPJ
Saya akur jatuh bangun dlm politik adalah lumrah tetapi ahli politik yg memegang kuasa pentadbiran tidak boleh mengamalkan politik dendam & mencari kelemahan lawan hanya untuk menaikkan nama mereka. Jalankanlah tanggungjawab dgn yakin & telus serta melaksanakan polisi yg efektif.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini yang telah membersihkan nama baik saya berkenaan isu pembayaran wang pampasan kepada pegawai-pegawai saya yang kehilangan pekerjaan pada 2014. https://t.co/We9hnbpbXK
Meskipun terpaksa menunggu selama 6 tahun utk keputusan ini, kami sentiasa percaya kebenaran akan terbukti akhirnya. Ternyata tuduhan salahguna kuasa dlm memberi pampasan tersebut adalah tidak berasas & berniat jahat untuk mencemarkan rekod bersih saya sebagai MB Selangor.
Saya tidak akan membuat keputusan kewangan yang akan merugikan dana rakyat. Pampasan tersebut adalah keputusan yang adil kepada bekas pegawai saya yang telah hilang pekerjaan akibat permainan kotor politik. Jumlah pampasan juga amat rendah berbanding amalan di sektor swasta.