Israel harvesting Palestinian organs should be talked about more.
Embrace yourself. This is the most disgusting article you’ve ever read on the premise of the Palestine genocide conflict and this is regarding the 2009 Aftonbladet Israel controversy.
It happened during the 1990s
🇮🇱 If Israel is just fighting Hamas, why did they:
🚨 Murder UN staff & journalists
🚨 Kill 30 students at UN school
🚨 Disconnect electricity, water& internet 2 million civilians
🚨 Bomb a border crossing to block humanitarian aid
🚨 Bomb Jordanian field hospital in Gaza
KONFLIK PALESTIN-ISRAEL
(Terjemahan)
1. Reaksi-reaksi kepada konflik mutakhir antara Palestin dan Israel sebenarnya menjelaskan kenapa permusuhan lebih tujuh dekad ini tidak akan berakhir.
2. Pertamanya, respons kuasa besar Barat dan sekutunya, termasuk media mereka adalah hipokrit, taksub dan amat ekstrem.
3. Daripada menjelas sebab sebenar konflik ini berlaku, mereka memilih meneruskan naratif palsu mereka bahawa, serangan ke atas Israel dibuat oleh pengganas – tuduhan mereka jelas diajukan terhadap Hamas, Hizbullah dan Iran.
4. Dengan naratif sedemikian, mereka semai ketakutan dalam kalangan komuniti Barat, mendakwa ianya adalah serangan ke atas demokrasi dan manusia yang cintakan keamanan.
5. Dengan itu, Amerika Syarikat menghalalkan bantuan ketenteraan kepada Israel untuk membalas serangan Palestin.
6. Kesemua ini menyimpang jauh dari kebenaran. Sebaliknya ini adalah pembohongan secara terang dan tanpa segan silu. Ianya diulang-ulang oleh pemimpin Barat dan media mereka.
7. Kebenaran sebenarnya mudah.
8. Berdekad lamanya Israel melakukan jenayah perang, penyembelihan, pembunuhan besar-besaran dan kekejaman yang diluar akal manusia dibuat terhadap Palestin.
9. Ini bukanlah perbuatan sekali lalu tetapi dilaksana secara sistematik tanpa henti sepanjang tujuh dekad.
10. Selain tanah Palestin yang dirampas Israel secara haram melalui perjanjian sehala dan perjanjian bersama bekas penjajah Palestin, pendatang Israel turut merampas tanah dan ladang milik Palestin secara paksa.
11. Rakyat Palestin diusir keluar dari tanah mereka dan apa saja usaha untuk tuntut semula dari pihak berkuasa Israel dibalas dengan kekerasan dan disokong oleh pasukan keselamatan Israel, Israel Defence Forces (IDF).
12. Rakyat Palestin ditekan, manakala Gaza dijadikan penjara terbuka. Sesekali apabila Palestin membuat serangan balas, mereka akan berhadapan kekuatan penuh IDF yang dibekalkan senjata oleh kuasa besar khususnya Amerika Syarikat.
13. Episod kali ini tidak ada bezanya dari tindak balas Palestin sebelumnya melainkan kali ini lebih berfokus dan mendapat sedikit bantuan luar.
14. Tetapi kuasa Barat dan sekutunya berterusan berbohong dengan naratif kononnya pertembungan ini adalah perbuatan yang dilaku pengganas, dengan mengabaikan fakta bahawa serangan ini dibuat oleh satu bangsa yang kebebasan mereka dicabuli dan hak ke atas tanah milik mereka dirampas secara paksa.
15. Mereka menolak pandangan bahawa serangan ini dibuat oleh pejuang kemerdekaan yang melawan ketidak-adilan rejim aparteid yang terlibat dalam pembunuhan besar-besaran ke atas rakyat Palestin.
16. Kuasa Barat dan Amerika Syarikat adalah pendokong apartheid, pembunuhan besar-besaran dan jenayah terhadap kemanusiaan selagi mereka sokong perbuatan keji rejim Israel.
17. Dengan itu, segala cubaan mencari titik tengah dan keadilan untuk Palestin menjadi satu usaha yang sia-sia.
18. Di waktu yang sama, kita boleh menjangka Israel akan terus bebas melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan undang-undang antarabangsa.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 Oktober 2023
MASJID MALAYSIA BINA KAT GAZA DAH MUSNAH
Tahun 2013, Muslim Care Malaysia bina Masjid Muhammad al-Amin.
10 tahun kemudian, tengok apa dah jadi.
Serangan udara Israel dah ratakan banyak bangunan. Last update, 20,000+ orang dah hilang tempat tinggal.