Semalam Al Jazeera mendedahkan Israel menggunakan bom dan senjata Thermobarik yang membakar rakyat Gaza sehingga 3,500 Darjah Celsius menyebabkan ramai mayat mangsa hilang tidak wujud
Pasukan Pertahanan Awam Gaza mendedahkan 2,842 orang disahkan terkena bom ini sejak Oktober 2023
Ini berdasarkan laporan forensik di lapangan. Mereka dipercayai guna bom MK-84 dan GBU-39
Dari Jam 2-4 pagi tadi waktu Malaysia
IDF meletupkan beberapa bangunan perumahan rakyat Palestin di Timur Bandar Gaza
Serangan artileri IDF juga menyerang Timur Khan Younis
IDF juga melepaskan tembakan senjata kecil di Timur Kem Al Bureij dan Timur Bandar Gaza
Menteri Pertahanan Israel, Yisarel Katz memecat Peguam Utama IDF, Mejar Jeneral Yifat Tomer Yerushalmi kerana membocorkan video kekejaman ke atas tawanan Israel di Penjara Sde Teman
Video itu bocor pada Februari lalu mendedahkan tawanan Palestin dipukul dengan teruk, dipijak, direnjat dengan elektrik dan ditikam di bahagian punggung
Selepas video itu 5 pegawai IDF didakwa atas kejadian itu namun ramai pemerhati hak asasi manusia mendapati dakwaan itu hanya untuk menutup mulut media dan bukannya membawa kepada hukuman sebenar