30/6/2026 | SELASA
Perut kosong masa kelas/study?
Jom mulakan pagi korang dengan lebih bertenaga di PHT!
Free Breakfast For Students!
Menerusi inisiatif “We Care, We Share”, kami agihkan sarapan percuma buat semua pelajar yang hadir ke PHT.
#sustainability#SustainabilityUSM
29/6/2026 | ISNIN
📖 Seni Bercerita: Terapi Jiwa & Minda 🌟
Bibliotherapy Circle PHT (Sesi 2/2026). Kali ini, kita akan menyelami bagaimana seni bercerita mampu menjadi penawar, menyembuhkan luka tersembunyi, dan menenangkan jiwa yang lara.
📍 Tempat: Bilik Biblioterapi PHT
25/6/2026 | KHAMIS
Satu bengkel Strategi Penerbitan USM Peringkat Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM telah diadakan di Bilik Persidangan Utama PPSP. Ceramah telah disampaikan oleh En. Herman Harianto Che Harun, Pustakawan Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT) USM #usmlibraries
23/6/2026
Sesi Pembentangan Akhir Pelajar Latihan Industri PHT
Pembentang:
Cik Siti Nur Ain Adawiyah Binti Mohd Daud
Cik Nurul Izzati Binti Mohd Alwi
📅 Tempoh Praktikal:30 Mac - 26 Jun 2026
Seluruh warga PHT mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas segala komitmen.
JOM MENYUMBANG: WAKAF SUMBER RUJUKAN PERPUSTAKAAN USM
Jom ambil peluang menyumbang kepada Tabung Endowmen Perpustakaan USM hari ini. Setiap sumbangan anda memperkasakan lagi Gedung Ilmu & Wakaf Sumber Rujukan untuk kegunaan generasi masa depan.
#usmlibraries
18/6/2026 | KHAMIS
Sumbangan buku koleksi statistik PHT kepada Dr. Wan Nor Arifin, Penyelaras/Pensyarah Unit Biostatistik & Metodologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM.
#perpustakaanhamdantahir#usmlibraries
16/6/2026 | SELASA
PENYERAHAN SUMBANGAN BUKU PHT UNTUK SRIQ
Sumbangan buku PHT telah diserahkan kepada Ustazah Makhlisah Abdullah yang hadir sebagai wakil pihak Sekolah Rendah Islam Al-Qari (SRIQ), Kota Bharu, Kelantan.
#perpustakaanhamdantahir#usmlibraries#sriq
Seluruh warga PHT mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H dan Awal Muharram! Semoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, menguatkan keimanan, dan menjadi titik permulaan penghijrahan kita ke arah yang lebih baik.
#perpustakaanhamdantahir#usmlibraries#salammaalhijrah1448h
11/6/2026
Penyerahan sumbangan PHT berupa buku-buku berkaitan “Autisme Spectrum Disorders” (ASD) kepada pelajar Tahun 4, Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM. Sumbangan ini merupakan sokongan pihak PHT dalam program “Community and Family Case Study” (CFCS) anjuran PPSP, USM.
📚 𝐁𝐮𝐥𝐥𝐞𝐭𝐢𝐧 𝐢@𝐏𝐇𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐯𝐚𝐢𝐥𝐚𝐛𝐥𝐞!
You can access the bulletin at the USM Library website:
🌐https://t.co/dTpOfm06nC
Flipbook:
📖 https://t.co/FapW9Az8KX
Happy reading and thank you for your continuous support!💙
8/6/2026 | ISNIN
Satu bengkel Strategi Penerbitan USM Peringkat Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) USM telah diadakan di Bilik Persidangan PPSK. Ceramah telah disampaikan oleh En. Herman Harianto Che Harun, Pustakawan PHT USM. #perpustakaanhamdantahir#usmlibraries
8/6/2026 | ISNIN
Pihak kami amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr. Tham Wai Mun kerana menyumbang 5 kotak buku kepada perpustakaan. Buku telah diserahkan oleh Puan Zurina Amir staf Pejabat Ombudsman kepada wakil perpustakaan.
8/6/2026 | ISNIN
Penyerahan sumbangan PHT berupa buku Tafsir Al-Quran dan Bahan Rujukan Islam kepada wakil Prof. Madya Dr. Zuraida Zainun dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu aktiviti yang dirancang. #perpustakaanhamdantahir
8/6/2026 | ISNIN
Penyerahan sumbangan PHT kepada wakil pelajar sempena Program “Festival Kelestarian Islam (FESKI) 2026” yang akan diadakan di Kampus Kesihatan USM. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu aktiviti yang telah dirancang. #perpustakaanhamdantahir