@sirsazly sir azly sama ke dgn sir azri? hahaha play victim plk. aku tgok anwar ibrahim elok je buat kerja sana sini. parti kancil berangan sendiri.. ape2 la bro.
Pemimpin Datang Dan Pergi. Yang Memaafkan dan Menolak Perkauman Sangat Jarang Ditemui
Buka sahaja media sosial, penuh dengan drama politik, sentimen kebencian, dan api perkauman yang sengaja dimainkan. Kadang-kadang, bagi kita yang hari-hari bergelut mencari rezeki, yang cuma fikir macam mana nak bayar bil, besarkan anak-anak, dan pastikan dapur berasap, kita cuma dambakan satu perkara: Ketenangan dan Kestabilan.
Tapi kalau kita perhati betul-betul di sebalik bunyi bising politik hari ini, ada satu realiti yang kita sering terlepas pandang. Ada sosok tubuh yang terus bekerja dalam diam, walau saban hari diasak dan ditikam dari pelbagai penjuru.
Sejak 1998, sejarah membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah sunyi dari pengkhianatan. Dari rakan seperjuangan, sekutu politik, hinggalah orang kepercayaannya sendiri. Namun, pernahkah kita terfikir apa balasan beliau apabila akhirnya memegang tampuk kuasa?
Beliau memilih untuk memaafkan. Beliau tidak membalas dengan dendam.
Apabila berkuasa, berbilion ringgit bantuan ekonomi tetap disalurkan ke negeri pembangkang seperti Kelantan dan Terengganu. Kenapa? Sebab di mata beliau, rakyat di sana tetap anak-anak Malaysia yang perlu dibela, bukan mangsa politik. Ruang dan kuasa pentadbiran diberikan kembali kepada parti-parti politik yang pernah menentangnya di pelbagai negeri, semata-mata untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu dan menstabilkan kerajaan.
Lebih dari itu, perasan atau tidak? Walau dicaci teruk, beliau tidak pernah menggunakan kad perkauman untuk meraih undi murahan. Beliau tahu, sekali api perkauman dinyalakan, masa depan anak cucu kita yang akan hangus terbakar.
Hari ini, ketika dunia berdepan krisis geopolitik antarabangsa dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia masih teguh berdiri. Kita tidak merasai impak yang terlalu parah kerana tata kelola yang senyap tapi berkesan inilah yang menjadi 'perisai' kita. Beliau menyerap segala hentaman politik, supaya kita di bawah ini dapat hidup dan berniaga dengan tenang.
Pemimpin datang dan pergi. Tetapi pemimpin yang memaafkan pengkhianatan, menolak perkauman, dan menghabiskan sisa hidupnya bekerja untuk negara, itu sangat jarang kita jumpa.
Berilah peluang pada kestabilan. Ketepikan kebencian yang ditanam oleh pihak yang rakus berkuasa. Mari kita bersama-sama menyokong usaha memulihkan Malaysia, demi kelangsungan hidup anak-anak kita esok. 🇲🇾✨
Alhamdulillah, tahniah kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengiktirafan berprestij yang diterima daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan kebajikan jemaah haji.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen, profesionalisme dan dedikasi seluruh warga TH serta petugas haji yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengurus jemaah haji Malaysia.
Tahniah juga kepada Amal by Malaysia Airlines atas penerimaan anugerah “Misk Al-Khitam” sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan dalam menguruskan prosedur ketibaan jemaah haji bagi musim Haji 1447H.
Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan serta kecekapan institusi dan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama negara dalam melayani para tetamu Allah SWT.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
@Mxllan yang jelas pas musuh Islam, sbb dia menyebarkan kebencian, penfitnah, berlagak macam dia pemegang kunci syurga, memutar belitkan dalil, suka mempersoalkan ibadah muslim yg lain.. Semua ni Islam x suruh buat, tapi Pas buat. maknanya mmg pas musuh islam
@TheRedz_ geli nya rafizi jd pm. kang 1 bnda x kene dgn dia letak jwtan pulak. diri sndiri merengek2 mcm kanak2.. elok logo pun mcm brand kanak2.. hahaha.
@KlutzyKucing apa yg kau dapat pertikaikan ibadah org ye? kenapa kau x pertikai kan korban org lain? kau sendiri buat korban x? takyah acah2 mak tanya je.. gaya cakap pun da mcm pondan..
Mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membelek beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar.
Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya.
Insya-Allah, esok saya akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 sebagai tanda dukungan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI