Kita berlakon kejap eh.
Bayangkan ada muallaf atau budak kecik comey datang kat korang tanya:
"Bang ooo bang, camne ekk nak baca alif kat depan ni? Mana ada baris ni?"
Let just say, kita mmg tak pernah dengar surah ni. Ye tahu iqra bismirabbikallazi, I know you..
๐งต
๐จ FIFA VOID ALL OF MALAYSIAโS TIER 1 INTERNATIONAL FRIENDLIES IN 2025 ๐ฒ๐พโ
FIFA has officially nullified all Tier 1 international friendly matches played by Malaysia in 2025, following serious violations related to the fielding of ineligible players.
Apebende la Selangor ni
Kalau direhatkan napa nak ucaps penghargaan terima kasih bagai. Bagitau je la dah pecat terus
Dalam padang tak perform. Luar padang pun tak perform juga ๐คฆ๐ปโโ๏ธ
RON95
Rakyat cuma jimat 2.9% atau maximum RM18 sebulan.
Harga purata sama mcm RM2.05 kalau sebulan isi 332 litre. Lebih 32litre je dari quota.
Lebih dari 332 litre tu consider bayar harga lagi tinggi dari sekarang
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐ฌ๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐ข๐ฆ๐๐๐ (๐ฆ๐ข๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ฃ๐ฅ๐๐ฆ๐)
Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini. Lain orang, lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik.
Saya tidak bermula sebagai seorang politik. Saya bermula sebagai seorang aktivis yang ada kesedaran politik, bahawa Malaysia perlu berubah kepada sistem yang lebih telus, membudayakan keamanahan (๐ข๐ค๐ค๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ต๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ), merancakkan persaingan dan mengangkat merit dalam masyarakat.
Oleh itu, matlamat saya adalah untuk melihat perkara-perkara ini dalam masyarakat dan negara.
Sebahagiannya perlu dibawa melalui platform politik. Sebahagian lagi perlu digerakkan dari akar umbi supaya budaya ini menjadi amalan dalam masyarakat, apatah lagi kerana kita tahu bukan semua ahli politik mengalu-alukan perubahan.
Sebab itu, saya berlapang dada, malah bersyukur dengan beberapa percaturan politik yang berlaku di dalam KEADILAN sehingga membawa kepada peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.
Sejak kempen pemilihan KEADILAN 2025 bermula (sebelum pun pengundian berlaku), saya sudah memutuskan bahawa tumpuan saya yang seterusnya ialah untuk membina jaringan rakyat di peringkat akar umbi melalui ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น (๐๐ผ๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฟ๐ถ๐๐ฒ).
Sebuah perusahaan sosial adalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti yang membantu masyarakat, selalunya berasaskan kegiatan ekonomi tertentu. Berbeza dengan perniagaan biasa, perusahaan sosial tidak bermotifkan keuntungan. Motifnya ialah khidmat dan kebaikan kepada masyarakat.
Oleh itu, keuntungan dari perusahaan sosial kebiasaannya dikembalikan kepada pekerja dan masyarakat (berbanding perniagaan yang untungnya disimpan oleh pemilik atau pemodal). Maka, perusahaan sosial berupaya menawarkan perkhidmatan atau barang pada harga yang lebih baik berbanding dengan sebuah perniagaan biasa.
Model perusahaan sosial masih asing di Malaysia.
Lazimnya, kegiatan ekonomi diusahakan sebagai sebuah entiti bermotif keuntungan. Kegiatan berasaskan masyarakat pula diusahakan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan untuk membiayai kegiatan dan bergantung kepada sumbangan orang ramai atau geran kerajaan).
Saya terpanggil untuk menggembleng usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan ๐๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ, iaitu sektor perusahaan sosial yang terdiri dari perusahaan bermatlamatkan masyarakat, tetapi dibiayai oleh operasi perniagaan yang diuruskan dengan cekap dan membina kekuatan kewangan sendiri.
Oleh itu, fokus utama saya dalam masyarakat selepas ini ialah menggerakkan sektor ketiga menggunakan platform ๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ.
๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ akan menjadi platform sehenti yang berfungsi:
1. Mewujudkan seberapa banyak perusahaan sosial dalam pelbagai bidang yang digerakkan oleh orang ramai
2. Menyediakan kepakaran dan bantuan melalui jaringan perusahaan sosial dan rakyat
3. Menyusun sumber kewangan tambahan dan penyeliaan kewangan untuk memastikan perusahaan sosial ini berdaya saing dan diuruskan dengan jujur
4. Menghubungkan perusahaan sosial dengan kumpulan penerima sasar yang akan mendapat manfaat
Pelancaran ๐๐๐๐ต ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ sebagai platform sehenti jaringan perusahaan sosial akan diadakan pada 27 Julai 2025. Rancangan terperinci kini sedang dibangunkan dan akan dibentangkan semasa pelancaran pada 27 Julai ini.
Saya mengajak aktivis dan rakyat biasa untuk bersama-sama menyumbang membina jaringan perusahaan sosial ini di masa hadapan.
Kehadiran jaringan perusahaan sosial yang kukuh di dalam masyarakat dapat menjamin kelangsungan kebajikan ekonomi dan sosial rakyat dalam keadaan pertembungan politik akan terus berlaku di dalam masyarakat.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
8 Julai 2025