Pengadil Bola Sepak Maut Diserang Sekumpulan Penyokong Di Bogor
Oleh Mynewshub
BOGOR – Dunia bola sepak Indonesia dikejutkan dengan kematian seorang pengadil yang dilaporkan menjadi mangsa serangan sekumpulan penyokong ketika mengendalikan sebuah perlawanan bola sepak kampung di Sukajaya, Kabupaten Bogor.
Menurut laporan Fajar Online, insiden itu berlaku ketika kejohanan bola sepak terbuka atau tarkam berlangsung di kawasan berkenaan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa diserang beramai-ramai oleh sekumpulan penyokong.
Berita kematian berkenaan turut disahkan oleh Rudi, seorang pengadil kebangsaan dari Depok, pada malam Isnin, 11 Ogos.
Bagaimanapun, identiti pengadil yang maut serta kronologi lengkap kejadian masih belum dapat dipastikan ketika laporan berkenaan diterbitkan.
Setakat itu juga, Polis Bogor dilaporkan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.
Pihak berkuasa bagaimanapun dikatakan sedang menjalankan siasatan termasuk melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar insiden.
Kejadian itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengadil dan pegawai perlawanan dalam kejohanan bola sepak peringkat komuniti yang sering mendapat sambutan ramai di Indonesia. – MYNEWSHUB
Bola sepak adalah minat bersama terbesar di dunia. Ia bukan milik mana-mana individu mahupun mana-mana institusi. Ia milik para pemain, peminat, kelab, Persatuan Anggota serta setiap institusi yang diamanahkan untuk melindungi masa depannya. 💌
@ASTROARENA