PUASA SUNAT BULAN MUHARAM 1448H
Bulan Muharam merupakan antara bulan yang dimuliakan dalam Islam. Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan amal ibadah dan melaksanakan puasa sunat sebagai tanda ketaatan serta usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
#mainppkongsi
Aidiladha mengingatkan kita erti pengorbanan sebenar. Semoga kita mampu menjadi insan yang lebih baik, lebih penyayang & sentiasa bersedia mengorbankan sedikit keselesaan atau masa demi membantu mereka yang memerlukan.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
#mainppkongsi#aidiladha2026
Waktu yang paling indah untuk bermunajat telah tiba…Jangan lepaskan peluang merebut waktu mustajab doa pada Hari Arafah. 🤲🏻
🗓 26 Mei 2026
⏰ 5:18 Petang – 11:55 malam
Semoga setiap doa yang dipanjatkan pada malam penuh rahmat ini diangkat dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Aamiin
Zulhijah hadir membawa peluang pahala yang besar 🌙
Perbanyakkan zikir, doa, sedekah dan amal kebaikan agar hati semakin dekat kepada Allah SWT 🤲. Semoga setiap amalan diterima dan diberkati. #Zulhijah#AmalIbadah#MuhasabahDiri#mainppkongsi
Scammer masih aktif menyamar sebagai pegawai MAINPP untuk memperdaya orang ramai. Jangan mudah percaya dengan panggilan, mesej atau dokumen mencurigakan yang menggunakan nama & identiti rasmi. Kesedaran anda adalah benteng pertama daripada penipuan
@KitaPalaBataih@penang_kini
Mencari peluang kerjaya? Kami mencari anda!Jawatan MySTEP kepada individu yang bersemangat, komited dan bersedia untuk menyumbang dalam perkhidmatan kepada masyarakat.
📍 Mohon sekarang sebelum tarikh tutup.
#Hebahan#mainppkongsi#jawatankosong
Makam Makam Sheikh Omar Basheer kini diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan — simbol sejarah, warisan Islam dan kebanggaan Pulau Pinang. Semoga pengiktirafan ini terus memartabatkan khazanah negeri serta menarik lebih ramai pengunjung dan pencinta sejarah.
#mainppkongsi
Jom Sertai MAINPP!
📌 Kekosongan jawatan:
✔️ Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S5)
✔️ Penolong Pegawai Teknologi Makanan (Gred C5)
(Kontrak – 1 kekosongan setiap jawatan)
📅 Tarikh tutup permohonan: 4 Mei 2026
📲 Permohonan melalui: https://t.co/Mxgi3UX9A0
Majlis ini mengangkat legasi Shaik Eusoff bin Shaikh Latiff, tokoh dermawan abad ke-19 yang menyumbang melalui wakaf demi kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.
YB. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (TKM1) merangkap YDP MAINPP telah menghadiri Majlis Kesyukuran & Pelancaran Pembangunan Projek Galeri Shaik Eusoff di Masjid Shaik Eusoff.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Semoga kemenangan selepas Ramadan ini meningkatkan keimanan, memperkukuh ukhuwah dan membawa keberkatan dalam setiap amalan.
Jawatan kosong kini dibuka kepada yang berminat.
Ayuh bina kerjaya sambil berkhidmat untuk ummah.
Klik untuk info lanjut 👇
https://t.co/Mxgi3UWBKs
#mainppkongsi#jawatankosong@penang_kini