Never give up in your life.
Because Allah has written something beautiful for us at the right time for the best reason. ๐ช
Coffee+Chocolate Loverโ๏ธโค๏ธTravelโ๏ธ๐
ALLAH datangkan musibah/ujian adalah sebagai peringatan untuk kita sentiasa beringat akan segala sesuatau yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya juga sebagai tanda ALLAH sayangkan kita dan hendak kita kembali kepada tali-Nya.
Apabila hidup terasa sempit dan masalah makin bertimbun, cubalah kembali kepada Allah dengan istighfar dan solat. Semoga Allah lapangkan segala urusan. ๐คฒ๐ป
Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit
โJangan Pandu Walaupun Minum Seteguk!โ
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR โ Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan undang-undang berkaitan alkohol, khususnya melibatkan aspek pemanduan dan penjualan di kedai runcit.
Dr. Malar mencadangkan dua perkara utama yang dianggap โberani dan drastikโ.
Pertama, beliau mencadangkan supaya penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka seperti Speedmart, 7-Eleven dan pasar raya dihentikan sepenuhnya.
Kedua, beliau mendesak agar kerajaan melaksanakan dasar โzero toleranceโ (0.0% alkohol) bagi pemandu, sama seperti yang diamalkan di Brunei.
โKalau nak minum arak, itu pilihan masing-masing. Tapi jangan sesekali memandu walaupun rasa diri masih stabil. Seteguk pun jangan drive!โ tegasnya dalam sebuah hantaran di media sosial.
Menurutnya lagi, had kandungan alkohol dalam darah (BAC) yang dibenarkan ketika ini perlu dikaji semula kerana masih membuka ruang kepada risiko kemalangan.
Beliau turut menyeru pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Menteri Pengangkutan agar menggubal undang-undang lebih ketat, selari dengan keadaan semasa.
โDah 2026, sudah tiba masanya kita buat perubahan besar demi keselamatan semua,โ katanya.
Komen Dr Malar ini dibuat berikutan isu viral seorang pemandu mabuk melanggar mati seorang penunggang motosikal di Klang, semalam.
Isu itu mengundang kemarahan di seluruh negara dengan banyak pihak memberikan pelbagai pandangan termasuk agar kes itu dibicarakan sebagai kes bunuh dan bukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.
Dr Malar adalah Ikon Bahasa DBP 2024 dan pemenang NONA Superwoman Health Influencer Award 2022 serta dianugerahkan Pekerja Contoh 2023. - MYNEWSHUB
Perkara yang kita kena dokumenkan masa tengah kerja supaya bila nak resign nanti boleh dijadikan bukti pencapaian/skills/betapa bagusnya kita:
Baca selanjutnya ๐๐ผ
Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini..
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kasih sayang buat Semua.
Ikhlas dari Bae ๐
Aku dh ckp,malaysia ni kalau berperang habis di kerjakan dek kerana ada jeneral jeneral gampang ni..
Dh 2 orang bekas Panglima Angkatan Tentera atas tuduhan rasuah...
Terbaru dpt rasuah bekal kain pelikat dan tuala mandi
Mana ada cina, india or DAP tapi semua melayu belaka..๐
list of masjid near to public transport. Distance varies. Untuk geng suka buka puasa masjid
LRT Taman Melati
- Masjid Salahudin Al Ayubi
LRT Setiawangsa
- Masjid Muadz bin Jabal (most suggested)
LRT/ MRT KLCC
- Masjid As-Syakirin
LRT Kg Baru
- Masjid Jamek Kg Baru
LRT Masjid Jamek
- Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
LRT Kerinchi
- Masjid Ar Rahah
- Masjid Menara TM
LRT Abdullah Hukum
- Masjid TNB
LRT KL Gateway-Universiti
-Masjid Ar-Rahman
Monorail Maharajalela/ MRT Merdeka Gate B
- Masjid Al-Sultan Abdullah
LRT Hang Tuah
- Masjid Al Bukhari
MRT Cochrane
- Masjid Jamek Alam Shah
KTM KL
-Masjid Negara