Terbaca satu perkongsian tentang Surah Maryam ayat 26.
“Ketika Maryam bersedih, Allah tidak menyuruhnya menjadi kuat. Allah hanya berfirman: makanlah, minumlah dan tenangkanlah hatimu.”
Kemudian ada cari ayat penuhnya lagi. Rupanya ada sambungannya…
Semalam Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Iceland, Ireland, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden dan UK mengumumkan sekatan dan larangan import barangan dari penempatan haram Israel
Ini susulan tindakan Israel yang semakin kejam ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat
Lambaian Terakhir Mangsa Nahas Helikopter Di Long Lellang
Rakaman video singkat yang dikongsi seorang individu kini menjadi kenangan terakhir buat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Baram, Sarawak.
Video berkenaan dipercayai dirakam ketika pasukan Perkhidmatan Doktor Udara atau lebih dikenali sebagai “doktor terbang” selesai menjalankan tugas di sebuah perkampungan pedalaman di Baram.
Dalam rakaman itu, mereka kelihatan melambaikan tangan dari sebalik tingkap helikopter sebelum meninggalkan kampung berkenaan.
Tiada siapa menyangka lambaian penuh mesra itu merupakan lambaian terakhir mereka.
Lebih memilukan, helikopter yang dinaiki pasukan berkenaan kemudiannya terbabit dalam nahas tragis berhampiran kawasan landasan Lapangan Terbang Long Lellang sehingga meragut nyawa kesemua mangsa.
Pemergian mereka meninggalkan kesan mendalam, khususnya kepada masyarakat pedalaman yang selama ini menerima khidmat rawatan daripada pasukan berkenaan.
Mereka berangkat demi menunaikan amanah, namun tidak pernah kembali ke pangkuan keluarga.
Kini, rakaman lambaian itu kekal sebagai kenangan terakhir terhadap insan-insan yang gugur ketika berkhidmat untuk masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.
Kan aku dh cakap, rakyat Malaysia ni ramai kaki buli. Orang penat meniaga dari bawah sampai berjaya, korang cop kapitalis. Bukan senang nak dapat seorang anak muda yang berkualiti berpendidikan macam ni kat Malaysia. Influencer rempit ramai la.
Siapa yang dah daftar haji, korang ada tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk cukupkan simpanan TH minimum RM15,000.
Lepas 1 Januari 2029 nanti, siapa yang ada minimum RM15,000 dalam TH je boleh masuk giliran haji secara automatik.
Dah tak ikut giliran seperti sebelum ini.
Maksudnya giliran haji korang mungkin akan jadi lebih awal.
Sebab bukan semua 'mampu' nak cukupkan RM15k ini. Termasuk yang masih kanak-kanak dan yang belum wajib haji.
Ambil peluang ini cukupkan RM15,000 dalam TH dulu.
2 panggilan telefon yg dirakam pada 17 Januari dan 22 Januari 2016, antara Pengerusi Tabung Haji ketika itu, Abdul Azeez Abdul Rahim, dgn Dzulkifli Ahmad
Klip audio tersebut, yang dikeluarkan oleh SPRM, kini berada dlm simpanan pihak polis.
Kredit : FMT Release Date : 11 Jan 20