@AfralAbdullah I’m very sorry to hear about your sister and what your family is going through. Wishing her comfort and peace, and strength to you and your family during this difficult time.
��𝗡𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡
Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk “Sila Letak Jawatan”.
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan.
Dato’ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan.
Kemudian dijawab Dato’ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak.
Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja.
Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali.
Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab “prinsip saja tidak cukup, perlu kuasa”.
Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela.
Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara.
Itu prinsip dan hala tuju kita.
Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu.
Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan.
Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian.
Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri.
Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik.
Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan?
Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan.
Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan.
Di depan memuji, di belakang mencemuh.
Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah.
Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Dato’ Seri Anwar “Yes sir, you are right sir, you are great sir”.
Dato’ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri.
Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik.
Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini.
Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu.
Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi.
Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus.
Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa.
Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.
𝗦𝗛𝗢𝗪 𝗨𝗣 𝗧𝗨𝗥𝗡 𝗨𝗣
Thousands of Malaysians living and working in Singapore are still registered as voters in Johor.
This state election will shape the direction Johor takes over the next five years. And no matter where we are today, we all have a stake in that future.
𝗦𝗛𝗢𝗪 𝗨𝗣 𝗧𝗨𝗥𝗡 𝗨𝗣
Thousands of Malaysians living and working in Singapore are still registered as voters in Johor.
This state election will shape the direction Johor takes over the next five years. And no matter where we are today, we all have a stake in that future.
Our families are here. Our roots are here. For many of us, Johor will always be home.
Join me on 𝗧𝘂𝗲𝘀𝗱𝗮𝘆, 𝟳 𝗝𝘂𝗹𝘆 𝗮𝘁 𝟲.𝟯𝟬 𝗣𝗠 for an online conversation about why this election matters, what BERSAMA stands for, and why every vote will count.
Whether you have already made plans to return and vote, or you are still considering your options, I hope you will join the discussion.
𝗥𝗲𝗴𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗵𝗲𝗿𝗲: https://t.co/ITXwY9DrWV
Once you have registered, you will receive the 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗠𝗲𝗲𝘁 link before the session.
Sometimes, making a difference begins with something simple.
𝗦𝗵𝗼𝘄 𝘂𝗽. 𝗧𝘂𝗿𝗻 𝘂𝗽. 𝗩𝗼𝘁𝗲.
𝗪𝗘 𝗦𝗧𝗜𝗟𝗟 𝗡𝗘𝗘𝗗 𝟮,𝟬𝟬𝟬 𝗣𝗢𝗟𝗟𝗜𝗡𝗚 & 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗧𝗦 (𝗣𝗔𝗖𝗔)
BERSAMA's campaign in the Johor State Election has been going well, despite our limited resources.
When you don't have abundant resources, you learn to make the best use of what you have.
We rely on volunteers. We rely on our candidates, who work tirelessly to meet as many voters as possible, without expecting to be treated as VIPs at grand events.
But we still need a minimum level of manpower to ensure the campaign runs smoothly, especially on polling day.
We need Polling and Counting Agents (PACA).
Thank you to everyone who has registered as a PACA so far. We are currently confirming duty schedules and polling station assignments. God willing, you will receive your confirmation no later than the morning of Tuesday, 7 July 2026.
However, we still need approximately 2,000 more PACAs.
Here is our plan to recruit these 2,000 PACAs within the next 48 hours.
First – Our headquarters team will contact 2,570 BERSAMA members in Johor to identify those who are available to serve as PACAs.
Second – Our headquarters team will also contact BERSAMA members in Melaka, Negeri Sembilan, Selangor and Kuala Lumpur to confirm who is available to serve as PACAs.
Third – For members in other states, you will receive a reminder email asking you to confirm your availability to serve as a PACA. Please follow the instructions in the email to register.
Fourth – Anyone who is available to help as a PACA, whether you are a BERSAMA member or not, can register in either of the following ways:
Register through the Kancil system at https://t.co/fCMc3GZOrD and follow the instructions there; or
Send a WhatsApp message to 011-3977 6635, or contact Haziq at the same number.
Time is running short. We need to fill these PACA positions at polling stations so that the tremendous efforts of our candidates and volunteers over the past ten days are not in vain.
Please help spread the word. Forward this message on WhatsApp and share it across your social media platforms.
𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 @ 𝗦𝗞𝗨𝗗𝗔𝗜 & 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗠 | 𝟰 & 𝟱 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜
Kempen BERSAMA akan digerakkan hujung minggu ini melalui dua ceramah Trak Kancil BERSAMA di DUN Skudai dan DUN Tiram.
Kita tidak kekurangan ahli politik.
Yang kita semakin sukar cari ialah wakil rakyat yang benar-benar memahami kehidupan rakyat.
Ramai yang sudah lama berada dalam politik. Mereka mahir berucap, berkempen dan berpolitik.
Tetapi menjadi wakil rakyat bukan sekadar tahu bercakap. Ia bermula dengan memahami apa yang benar-benar dihadapi oleh rakyat setiap hari.
Calon-calon BERSAMA bukan datang daripada kelompok elit politik. Mereka datang daripada kehidupan biasa.
Mereka membayar bil seperti rakyat lain. Mereka berdepan dengan kos sara hidup yang sama. Mereka juga membina kerjaya dalam bidang masing-masing sebelum memilih untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Penyelesaian yang baik tidak lahir daripada andaian, tetapi daripada memahami masalah sebenar dan menggunakan kemahiran serta pengalaman untuk menyelesaikannya.
Kami tidak mencari calon yang paling pandai berpolitik.
Kami mencari calon yang jujur, berani, mudah didekati dan sanggup bekerja untuk rakyat.
Malaysia tidak memerlukan lebih ramai ahli politik.
Malaysia memerlukan lebih ramai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, memahami kehidupan rakyat dan tidak terperangkap dalam percaturan kuasa elit politik.
𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗝���𝗡 𝗣𝗔𝗖𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Pilihan raya bukan hanya tentang ceramah, media sosial atau berkempen dari rumah ke rumah.
Salah satu komponen penting dalam gerak kerja pilihan raya ialah pasukan PACA (Polling Agent & Counting Agent). Mereka membantu memastikan proses pengundian dan pengiraan undi berjalan mengikut peraturan di setiap saluran mengundi.
Untuk PRN Johor kali ini, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 masih memerlukan lebih ramai sukarelawan PACA untuk membantu pasukan kami di seluruh negeri.
Walaupun anda tinggal di luar Johor, anda juga dialu-alukan untuk mendaftar. Ramai sukarelawan akan datang dari negeri lain bagi membantu sepanjang tempoh pengundian, dan sumbangan anda amat kami hargai.
Kepada semua yang telah mendaftar, terima kasih. Pasukan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 sedang dalam proses menyusun penempatan serta menghubungi sukarelawan secara berperingkat dengan maklumat lanjut.
Jika anda belum mendaftar dan ingin menjadi sebahagian daripada usaha ini, masih belum terlambat.
Caranya:
Daftar sebagai sukarelawan PACA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 di https://t.co/fCMc3GZOrD dan anda boleh memilih DUN-DUN yang ditandingi oleh 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
Tonton video penerangan seminit ini untuk mengetahui langkah-langkah permohonan untuk menjadi ejen PACA 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu menjayakan PRN Johor. Setiap sumbangan, walau apa pun peranannya, membantu mengukuhkan gerak kerja pilihan raya 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔.
Malam ini, kempen kita bermula.
Trak Kancil BERSAMA memulakan perjalanan PRN Johor 2026 di Taman Pelangi.
Ceramah perdana pertama, bersama Rafizi Ramli, Nik Nazmi dan barisan calon BERSAMA Johor.
Ayuh Johor, Ayuh BERSAMA.
Bawa keluarga. Bawa jiran. Bawa kawan-kawan.
Malam ini kita mula sama-sama.
📍 Jln Sri Pelangi 2, Taman Pelangi (sebelah Shell Taman Pelangi)
🗓️ 28 Jun 2026, Ahad
🏠 N.44 LARKIN
#PRNJohor #BERSAMA #TrakKancil #JelajahBERSAMA