Our commitment continues with an 8.03% reduction in printing volume (Jan–Jun 2025 vs 2024), improving operational efficiency, reducing waste, and enhancing corporate reputation.
Fokus perbincangan adalah meneroka kolaborasi rentas agensi bagi menyokong pembangunan mampan dan perancangan jangka panjang Selangor—membina ekosistem yang inklusif, berdaya tahan dan berteraskan kelestarian.
#MBISelangor#Sustainability#SDG#ESG#Selangor
MBI Selangor memperkukuh agenda kelestarian melalui sesi perbincangan strategik bersama Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi di Putrajaya, dipengerusikan oleh Encik Asfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Negara.
Turut hadir wakil UPEN Selangor, JPBD Selangor, Malaysian Institute of Planners, Landasan Lumayan Sdn. Bhd., SCAC, serta En. Mohd Fauzi Mohd Ghazali, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat & Kelestarian MBI Selangor.
@AirSelangor MBI Selangor merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Pengerusi MBI Selangor, serta Ketua-Ketua Syarikat Milikan dan semua yang menjayakan majlis penutupan MBI GIG 2025.
Karnival MBI Group Inter-Agency Games (MBI GIG) 2025 melabuhkan tirainya dengan kehadiran 1,900 atlet yang bertanding dalam 7 sukan merangkumi 23 kategori. Edisi sulung ini menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kerjasama di seluruh Kumpulan MBI.
Tahniah kepada @airselangor yang muncul juara keseluruhan. Menang atau kalah adat pertandingan, namun semangat juang dan kesukanan setiap atlet adalah kejayaan sebenar karnival ini.
Sesi Dialog Dinamik kali ini memberi fokus kepada perbincangan hala tuju MBI Selangor bagi tahun 2026, selari dengan perancangan jangka sederhana organisasi.
MBI Selangor berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat profesionalisme warga media untuk terus menyampaikan laporan yang berintegriti dan bertanggungjawab demi membina naratif yang tepat tentang Negeri Selangor.
#MBISelangor#Thrive28#KitaSelangor#SelangorMajuBersama
Wartawan merupakan tunjang dan benteng pertama dalam menyampaikan maklumat serta membentuk kefahaman masyarakat terhadap sesuatu isu. Peranan ini menjadi semakin penting dalam era digital yang pantas dan mencabar.
Bagi menghargai peranan signifikan ini, MBI Selangor bersama Yayasan MBI serta anak-anak syarikat berbesar hati menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (WAJAR) – sebuah platform yang menghimpunkan wartawan dan jurugambar pelbagai agensi di Selangor.