Jangan zoom in pada ANKA semata-mata. Itu aset ISR. Kita masih ada fighter jet, LCA yang bakal tiba dan radar pertahanan udara yang diperkukuh. Malaysia tak berniat menyerang sesiapa, tapi jangan silap tafsir postur defensif sebagai kelemahan.
@berita_ks Kalau ye pun dah tak ada apa nak bahas kat parlimen, tak perlulah sampai nak fitnah Panglima cium tangan Menteri, rakyat tak bodoh nak percaya fitnah macam ni.
Peminat² ATM kat X ni, ramai yg suka cerita pasal operasi, gear dan suarakan kebimbangan ttg asset.
Tapi nampak jarang up isu kebajikan keluarga ATM yg diangkat oleh kerajaan hari ini. Few months back, Dato Khaled dah buat satu inisiatif utk pastikan semua pelajar tahun 1 dari kalangan anak² anggota buka Tabung PTPTN. MINDEF siap bagi dana awal RM50 sorang.
FYI, hari ni pula, anak² ATM yg bakal menduduki SPM tahun ini diberikan tuisyen percuma, hasil kolaborasi bersama dgn pelajar² UPSI. In fact, 969 pelajar ni akan dpt Chromebook sorang satu.
Nah... tak perlu sembang lebat, janji bulan bintang, tahu² terus buat.
Peminat² ATM kat X ni, ramai yg suka cerita pasal operasi, gear dan suarakan kebimbangan ttg asset.
Tapi nampak jarang up isu kebajikan keluarga ATM yg diangkat oleh kerajaan hari ini. Few months back, Dato Khaled dah buat satu inisiatif utk pastikan semua pelajar tahun 1 dari kalangan anak² anggota buka Tabung PTPTN. MINDEF siap bagi dana awal RM50 sorang.
FYI, hari ni pula, anak² ATM yg bakal menduduki SPM tahun ini diberikan tuisyen percuma, hasil kolaborasi bersama dgn pelajar² UPSI. In fact, 969 pelajar ni akan dpt Chromebook sorang satu.
Nah... tak perlu sembang lebat, janji bulan bintang, tahu² terus buat.
Dana RM300,000 untuk Para Penggiat Seni & Usahawan Kreatif Negeri Perak.
Dana Kreatif Perak@Port telah diperkenalkan sejak 5 tahun lalu merupakan satu bentuk sokongan kewangan kepada para penggiat seni dan usahawan kreatif tempatan untuk menjalankan projek berpaksikan budaya dan warisan serta kandungan tempatan.
Ia juga merupakan strategi serampang dua mata, iaitu selain membantu penerima menyiapkan projek dan penghasilan mereka, ia juga berupaya menonjolkan kelebihan Perak sebagai negeri kreatif dengan barisan penggiat yang berbakat.
Sumbangan para penggiat seni amat penting untuk memperkayakan ekosistem budaya dan warisan negeri kita dalam bentuk pemahaman serta kemahiran.
Dengan menyediakan sokongan kewangan, kita berharap dapat mengilhamkan generasi pencipta seterusnya menggalakkan penghasilan karya seni yang berkualiti.
Dimaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM300,000 untuk Dana Kreatif Perak tahun lalu menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan 141 permohonan. Bagaimanapun hanya 87 permohonan yang berjaya berpandukan kertas cadangan yang dikemukakan.
Penyediaan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun jelas memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membangunkan industri serta memperkasa imej sebagai pusat kreativiti dan inovasi seni.
Semoga industri seni negeri Perak memberi impak positif kepada masyarakat, selain menerima pengiktirafan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
#PerakSejahtera2030
[INFOGRAFIK]
RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT)
Kementerian Pertahanan terus memperkasa dan menggandakan agenda kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Blok Penginapan, termasuk blok penginapan untuk anggota bujang, wisma transit, dan kemudahan taman permainan dan riadah.
Daripada jumlah RM400 juta, RM199.5 juta telah diperuntukkan kepada Tentera Darat, manakala Tentera Laut dan Tentera Udara masing-masing menerima RM69.5 juta.
Jumlah peruntukan RM400 juta tersebut memberi manfaat secara langsung kepada warga ATM di 28,808 unit rumah dan 48 kem di seluruh negara, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan warga ATM.
#khalednordinmindef
Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Jamek Sungkai, Jalan Sungkai-Bidor malam tadi.
DYMM Tuanku turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat terawih berjemaah bersama para hadirin.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi. Marilah kita sama-sama manfaatkan Ramadhan yang berbaki ini dengan beramal & melakukan kebaikan sebanyak mungkin.
Mudah-mudahan kita semua peroleh ganjaran dari-Nya kelak. Insha-Allah.
#PerakSejahtera2030
Pos-pos operasi di bawah Tentera Darat Malaysia diletakkan di seluruh negara dan anggota kita melaksanakan operasi-operasi yang ditetapkan, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang tahun.
Alhamdulillah, hari ini, saya berkesempatan untuk melawat salah satu pos operasi yang terletak di Tanjung Sepang, Johor, dan seterusnya berbuka puasa bersama anggota-anggota kita.
Terima kasih atas komitmen yang teguh daripada anggota angkatan tentera, yang sentiasa mengorbankan masa dan mengabdikan diri, dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara kita.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, saya diingatkan akan dedikasi yang ditunjukkan mereka, yang berkhidmat demi negara berbanding merayakannya bersama yang tersayang.
Kerajaan menghargai pengorbanan perajurit kita dan akan terus mencuba yang terbaik dalam meningkatkan peruntukan, yang mana kini antara tertinggi dalam Belanjawan negara. Melalui sokongan teguh semua, saya percaya peruntukan untuk pertahanan akan dapat terus ditingkatkan.
Ini termasuk dalam meningkatkan kesiagaan dengan aset-aset terkini, dan berterusan membantu dalam soal kebajikan warga kita, seperti penyelenggaraan rumah dan bantuan-bantuan lain.
#khalednordinmindef
Satu penghormatan hari ini menerima kunjungan Menteri Pertahanan Republik Indonesia, TYT Jeneral (Purn) @Prabowo Subianto, di Kementerian Pertahanan Malaysia. Lawatan ini adalah pertemuan pertama saya dengan Pak Prabowo sejak mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan.
1/5
Menyambut ketibaan TYT Jeneral (Purn)
Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia yang juga Presiden Terpilih dalam Pemilihan Presiden Indonesia 2024 ke Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Subang, malam tadi.
#khalednordinmindef
1/2
Menyambut ketibaan TYT Jeneral (Purn)
Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia yang juga Presiden Terpilih dalam Pemilihan Presiden Indonesia 2024 ke Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Subang, malam tadi.
#khalednordinmindef
1/2
Peperangan moden bukan lagi sahaja tentang senjata dan peluru. Ia memerlukan kekuatan bersama semua orang dan bukan tanggungjawab tentera sahaja.
God Bless Tentera Bawang!!
Tanggungjawab untuk jaga kedaulatan dan keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama.
Atas sebab itu, saya jemput masyarakat mengenali tentera dan tentera juga menyantuni masyarakat kerana akhirnya apabila kita sudah tidak berkhidmat, kita akan kembali ke masyarakat.
@MINDEFMalaysia@MarkasATM
#khalednordinmindef
Domain darat ini memerlukan bukan sahaja dedikasi dan kecekapan anggota. Malah, kecanggihan dan kecukupan aset yang terkini dan berteknologi tinggi.
Jadi, kita akan menyokong segala permintaan Tentera Darat untuk memastikan ini dapat dijayakan.
@MINDEFMalaysia @TenteraDarat
#khalednordinmindef