Dalam apa jua keadaan atau rintangan yang dihadapi, kita tetap kena tabah dan terus kekal siap sedia berkhidmat. Alhamdulillah saya dapat bersama penduduk dan peneroka dalam sesi santai di Pusat Khidmat ADUN Chini hari ini.
Petang ini saya meluangkan masa bersama dua orang peneroka Felda Chini, Ahmad Othman dan Othman Abd Latif. Sedih melihat mereka mempunyai masalah pergerakan akibat penyakit strok. Saya doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT.
Setiap manusia Allah berikan kelebihan dan kekurangan , setiap hari kehidupan ada nikmat dan ujian . Terima kasih kepada semua yang doakan untuk saya . Hanya Allah sahaja mampu membalas , hanya Allah sahaja tahu apa yang saya rasai dan lalui . Saya yakin kebenaran akan terserlah.
Genap 55 tahun bawah Jalur Gemilang .
Dari Perlis hingga ke Johor di Semenanjung , merentasi Laut China Selatan dari Sarawak hingga ke Sabah , kita bersama , kita bersaudara .
Selamat Hari Malaysia ! 🇲🇾
MENTERI BESAR(MB) KEDAH
MASIH ULANGI PERANGAI LAMA
Mengikut data yang di keluarkan oleh kerajaan pusat, Kedah adalah sebuah negeri yang hutangnya tertinggi di Malaysia. Oleh itu Kedah tidak boleh ketinggalan... https://t.co/u5k01uD2wI
Menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman PWTC tadi , Jumaat pertama bagi tahun 1440 Hijrah . Semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah SWT .
Pakatan yang menghasut orangramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN kerana berjanji akan mansuhkannya tetapi tiba-tiba saya disalahkan pula.
Agak pelik.
Menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64 Tahun 1440 H / 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Jazakallahukhaira atas jemputan Presiden PAS @abdulhadiawang dan layanan mesra antum kepada rombongan kami.
Melakar sejarah baharu hadir di Muktamar Tahunan PAS. Suatu langkah mula permuafakatan parti2 pembangkang. Putaran roda politik ini suatu petanda kematangan politik Malaysia. Rakyat akan jadi penentu bila kesedaran baharu muncul. Jalinan Umno-Pas & parti2 lain akan buktikannya.
Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula? https://t.co/5RG3emsAhK