Kepada Allah Kita Berserah
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, Program Semarak Subuh terus menjadi wadah penting dalam memperkasa pembangunan rohani umat Islam di Johor serta mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan pengukuhan nilai-nilai keimanan.
Saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Istiqamah, Johor Jaya serta mengikuti tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Negeri Johor tentang syukur atas nikmat yang dikurniakan.
Rasulullah SAW menyebut bahawa iman mempunyai lebih daripada tujuh puluh cabang, dan antara yang paling agung ialah syukur kerana dengannya seorang mukmin mengenal nikmat, menghargai kurniaan, dan tidak lupa kepada Pemberi.
Dalam al-Quran, Allah SWT tidak sekadar menyuruh kita bersyukur tetapi mendidik hati kita untuk benar-benar rasa dan sedar setiap nikmat yang Dia beri. Syukur itu bukan hanya pada lafaz “Alhamdulillah” tetapi bagaimana kita menggunakan nikmat itu pada jalan yang Allah reda atau sebaliknya.
Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Rahman yang bermaksud “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”. Ayat ini mengajak kita untuk bermuhasabah, berhenti sejenak, menundukkan hati dan merenung satu persatu nikmat yang tidak terhitung, yang Allah SWT kurniakan, malah tanpa pernah kita pinta.
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang tidak lupa bersyukur dalam setiap keadaan tidak kira saat diberi mahupun saat diuji. Moga setiap nikmat yang dikurniakan membawa kita lebih dekat kepada-Nya dan setiap langkah kita dipandu dalam reda-Nya. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #RapatkanSaf
“Tentang siapa pun claim credit."
"Personally, Saya tak kisah."
"You want to take the whole credit?"
"Take it.”
"Saya tak dapat kredit pun tak apa." 🫡🤲
🚨 OFFICIAL: Bruno Fernandes breaks Kevin De Bruyne and Thierry Henry’s record for most assists in a single Premier League season.
21 assists delivered this season. 👑🇵🇹
History. 🎞️
Syukur Alhamdulillah, sebanyak RM5.975 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Johor 2026 bagi Bantuan Bilik Guru untuk tahun keempat pelaksanaannya, yang memberi manfaat kepada 1,195 buah sekolah dan lebih 49,000 guru di seluruh negeri Johor.
Usaha ini adalah tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan masa depan anak Bangsa Johor. Guru bukan sahaja mengajar di bilik darjah, tetapi membina keyakinan, membentuk akhlak, menyemai harapan dan menyediakan generasi pewaris Johor yang lebih baik.
Menerusi Majlis Aspirasi Pendidikan Negeri Johor 2026 di SMK Tasek Utara, Johor Bahru, saya turut berbesar hati menyampaikan Anugerah Khas, Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru 2026 kepada warga pendidik yang telah membuktikan kecemerlangan, komitmen dan jasa luar biasa dalam memperkasa dunia pendidikan negeri ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik di Negeri Johor atas jasa, komitmen dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa. Tanpa guru-guru, tidak mungkin kita mampu melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu membawa masa depan negeri ke arah yang lebih cemerlang.
Semoga usaha ini terus memperkukuh kebajikan warga pendidik, memartabatkan sistem pendidikan negeri dan melahirkan generasi Bangsa Johor yang berilmu, berakhlak, berkualiti dan berdaya saing. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Syukur Alhamdulillah. Tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2025/26 selepas menewaskan Kuching City FC dengan kemenangan 2-0 dalam aksi final yang penuh semangat dan mendebarkan.
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus menjadi kebanggaan bukan sahaja di peringkat negara, malah di persada dunia.
Atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia 2025/26.
Sesungguhnya, kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, dalam suka dan duka, di setiap perlawanan, di setiap musim.
Terima kasih juga kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan dan seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan yang cukup membanggakan ini.
AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JDT #LuaskanKuasamuJohor
Saya baru menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau mercenary spyware terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadi saya.
Saya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang.
Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, saya akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang pencerobohan dan penyalahgunaan teknologi yang boleh mengancam keselamatan serta hak peribadi individu.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
🚨 𝗔𝗟 𝗡𝗔𝗦𝗦𝗥: 𝗖𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗢𝗙 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗕𝗜𝗔! 🏆🇸🇦
Cristiano Ronaldo has officially won the league title in England, Spain, Italy, and now Saudi Arabia!
🏴 Premier League Champion
🇪🇸 La Liga Champion
🇮🇹 Serie A Champion
🇸🇦 Saudi League Champion 🆕
The greatest to ever play the game.
Syukur Alhamdulillah, saya telah turun padang meninjau sendiri perkembangan projek RTS Link di Bukit Chagar yang bakal menjadi pemangkin utama transformasi mobiliti Johor Bahru dan rantau selatan negara.
Projek strategik ini bukan sekadar menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, tetapi bakal mengubah landskap pergerakan rakyat secara menyeluruh apabila mula beroperasi kelak.
Namun begitu, Kerajaan Negeri amat memahami bahawa peningkatan pergerakan manusia dan kenderaan susulan pembukaan RTS turut menimbulkan kebimbangan rakyat khususnya berkaitan kesesakan trafik di pusat bandar Johor Bahru. Justeru, beberapa langkah sedang dan akan dilaksanakan dari sekarang, antaranya:
1. Memperkukuh akses pejalan kaki melalui pembinaan Pedestrian Overhead Bridge (POB) yang menghubungkan RTS Bukit Chagar dengan kawasan tumpuan utama sekitar bandar;
2. Memperkukuh sistem rel dan pengangkutan awam bersepadu melalui penyambungan RTS dengan ETS, Komuter Selatan, bas awam, teksi dan shuttle;
3. Memperluaskan konsep Park & Ride di lokasi strategik seperti Larkin, Southkey, Sutera Mall, Toppen, serta AEON Bandar Dato’ Onn bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar;
4. Melaksanakan pengurusan trafik yang lebih tersusun dan pintar termasuk laluan kontra serta penaiktarafan lampu isyarat pintar; dan
5. Menyusun semula aliran trafik di kawasan tumpuan utama sekitar JB Sentral dan Jalan Jim Quee supaya lebih lancar dan teratur.
Insya-Allah, segala usaha ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan Johor Bahru benar-benar bersedia menyambut pembukaan RTS demi manfaat Bangsa Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Alang - alang Anwar sebut kat PERSADA Johor tadi dia boleh je kalau nak bubar, baik bubar segera.
Jika Anwar bagi 3-6 bulan untuk Rafizi, Nik & BERSAMA pusing satu Malaysia buat tour "Barisan Rakyat, Suara Malaysia", kubu - kubu kerusi bandar PH pun boleh terbalik.
Menarik untuk saksikan situasi MP Johor Bahru, Akmal Nasir selepas ini.
Sama ada akan ikuti mentor & rakan seperjuangannya atau akan ikuti langkah Amirudin pada 2020 iaitu kekal bersama parti.
Persamaannya, waktu itu Amir MB Selangor, waktu ini Akmal Menteri Ekonomi. 🍿
Syukur Alhamdulillah, semasa balik ke kawasan, saya berkesempatan meninjau projek menaik taraf Masjid Al Huda, Bandar Baru Ibrahim Majid serta menyerahkan sumbangan berjumlah RM300,000 daripada Yayasan Mohamed Noah bagi menjayakan pembangunan masjid dan penambahbaikan infrastruktur.
Pembinaan Fasa 1 masjid ini telah bermula pada tahun 2025 dengan kos sekitar RM1.2 juta hasil sumbangan orang awam dalam bentuk kewangan dan bahan binaan, serta bantuan RM100,000 dari Tabung Pembinaan Masjid Johor. Kini, pelaksanaan Fasa 2 sedang giat diteruskan dan telah mencapai tahap kesiapan sebanyak 75 peratus meskipun berdepan peningkatan kos bahan binaan.
Pelbagai kerja naik taraf akan dilaksanakan melalui peruntukan yang disalurkan ini, termasuk pembinaan koridor bagi kawasan bilik wuduk dan persalinan, pembinaan anjung serta kubah, serta kerja-kerja pembinaan kaki lima dan longkang separuh bulat. Selain itu, ia turut merangkumi kerja-kerja pendawaian elektrik, kemasan mozek, pembinaan tiang dan beam, serta baik pulih struktur sedia ada.
Saya percaya, masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi institusi penting dalam membina perpaduan ummah dan memperkukuh pembangunan masyarakat. Justeru, usaha memperkasa institusi agama seperti ini akan terus diberi keutamaan agar fungsi masjid dapat diperkasakan seiring dengan pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Mohamed Noah, Tabung Pembinaan Masjid Johor serta semua pihak yang terus menyumbang dan menjayakan usaha murni ini. Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh pembangunan institusi agama demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #OHMachap #SimpangRenggam #RapatkanSaf
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC), menghimpunkan semangat perjuangan sebuah parti keramat yang lahir di Istana Besar Johor dengan naungan istana serta sokongan Raja-Raja Melayu pada 11 Mei 1946.
Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, saya dengan penuh rendah diri memikul amanah untuk menyampaikan suara lebih 430,000 ahli UMNO Johor yang terus teguh, setia dan istiqamah dalam perjuangan.
Bagi kami, UMNO bukan sekadar sebuah parti politik. UMNO adalah wadah perjuangan yang lahir daripada susah payah, dibina atas semangat penyatuan, dan dipertahankan demi maruah bangsa, agama serta masa depan tanah air.
Sebab itu, UMNO Johor menyambut baik dan menyokong penuh gagasan Rumah Bangsa dan Musyawarah Nasionalyang diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia, sebagai satu usaha besar untuk merapatkan saf, memperkukuh muafakat dan menyatukan kembali kekuatan orang Melayu.
Lapan dekad perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa parti ini tidak pernah lari daripada asas perjuangannya. Dalam apa jua cabaran, UMNO tetap berdiri sebagai tonggak kestabilan, pembangunan dan kedaulatan negara dengan satu matlamat iaitu memastikan bangsa ini terus terbela dan masa depan negara kekal terjamin.
Semoga ulang tahun ini menjadi titik kebangkitan baharu, dengan tekad mengembalikan keyakinan rakyat agar UMNO terus mara sebagai wadah perjuangan yang relevan, dihormati dan diyakini dalam memimpin masa depan negara. Insya-Allah.
Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO ke-80!
UMNO Dulu, Kini dan Selamanya.
Bersatu, Bersedia, Berkhidmat
#BangsaJohor #MajuJohor #UMNOJohor #UMNODuluKiniDanSelamanya
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk terus menjaga kebajikan rakyat.
Syukur Alhamdulillah, sebanyak 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan peruntukan sebanyak RM138 juta yang dijangka memanfaatkan lebih 600,000 Bangsa Johor telah saya umumkan dalam Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang ke-15.
Suka untuk saya kongsikan, setakat 30 April 2026, Johor mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan hasil negeri mencecah RM1 bilion, peningkatan sebanyak RM307 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kejayaan ini hanyalah permulaan dan setiap peningkatan hasil akan dipulangkan semula kepada rakyat melalui inisiatif berimpak tinggi yang benar-benar dirasai oleh Bangsa Johor.
Sehubungan itu, dengan hasil negeri yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri akan memperluaskan sebanyak BKJ Fasa 4 bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat merangkumi bantuan tunai kepada warga emas, suri rumah tidak bekerja, pasangan yang baru berkahwin, OKU, anak yatim, serta penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan PBT.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memperkukuh pelaksanaan Jualan Kasih Johor dengan menambah peruntukan sebanyak RM30 juta daripada peruntukan asal, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM45.4 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 750,200 keluarga Bangsa Johor.
Saya sedar dan insaf, segala usaha ini masih belum mencukupi. Namun, dalam keterbatasan yang ada, inilah yang mampu Kerajaan Negeri laksanakan pada ketika ini dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah, sekiranya hasil negeri terus meningkat dan rezeki Johor terus bertambah, lebih banyak bantuan akan dapat disalurkan kepada seluruh Bangsa Johor.
Justeru, marilah kita bersama-sama berdoa agar Johor terus dimurahkan rezeki, dikurniakan keberkatan, dijauhkan daripada segala bencana, serta kekal aman, maju dan makmur demi kesejahteraan rakyat negeri ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor