@thenasilemakguy@zamirmohyedin antara bukti kukuh lain ketika turun ayat "celakalah tangan abu lahab secelakanya".
Ada satu surah turun yg khas diturunkan utk cerita perihal abu lahab saja bagaimana keadaannya di neraka nanti, bayangkan surah ni turun 10 TAHUN😱😱😱 sebelum abu lahab mati.
Kalau tak faham apa Dr. MAZA cakap, ini gambaran mudah.
Bumi, manusia, haiwan, planet-planet dan makhluk asing (jika ada), duduk dalam kotak masa ini (atau ruang-masa). Kotak ini ialah zat alam semesta.
Allah pula tak terikat dengan kotak ini. Bila berlaku peristiwa Isra' Mikraj, Allah boleh angkat baginda Nabi dari masa sekarang ke masa depan untuk saksikan ahli syurga-neraka.
Aku punya palatao.
Dengan syarat mengarut tu, MITI macam bagi signal kat player EV China secara tidak langsung. Buat macam Geely kalau nak masuk Malaysia. Partnership.
Force tech transfer, train local engineers, protect 700,000 pekerja tempatan (dan family mereka), and build local EV supply chain.
Sebab 'flood gate' untuk EV ni kalau dah buka susah nak kawal. Mereka tak macam Japanese, Korean car maker yang tradisional tu.
Bila cerita industri yang ada hampir setuja pekerja ni, teringat beratus ribu penduduk Indonesia hilang kerja, bila industri tekstil mereka bungkus sebab tekstil China masuk sana. Vendor-supply chain semua habis.
Dapat tekstil murah, tapi 'harga' yang perlu dibayar jauh lagi besar. Ripple effect sampai berjuta orang jadi miskin dan hilang kerja. Bila kawasan industry/kilang mati, sekeliling kawasan tu mati.
China mampu buat begitu dan tak kisah sebab populasi mereka besar, kewangan kukuh, resources banyak. Bagi negera kecil macam kita, banyak benda kena fikirkan.
Dibuatnya, lepas 2 tahun teknologi kilang mereka guna 98% robot. Mereka yang untung besar. Beroperasi kat negara murah, pelepasan cukai, tak perlu hire pekerja tempatan dsb.
Lagipun, kan kita dah terlalu banyak kereta. Setiap tahun bertambah 800,000 unit ke jalan raya. Even dengan CKD EV. Ini juga boleh jadi alasan nak push perkasakan lagi public transport.
Sudah tentu ada pros and cons mana-mana keputusan sekalipun. Kena zoom out sikit nak nampak bigger pictures.
Itulah.
Bila kita lihat sejarah, tempoh empayar kuasa besar berkuasa di dunia.
• Empayar Uthmaniyyah – 623 tahun
• Dinasti Joseon – 505 tahun
• Empayar Mughal India– 331 tahun
• Dinasti Song – 319 tahun
• Empayar British – ±300 tahun
• Dinasti Ming – 276 tahun
• Amerika Syarikat – ±250 tahun
• Empayar Mongol – 162 tahun
Kita dapat gambaran, timeline kita hidup sekarang, cuma cebisan kecil dari satu tamadun manusia moden.
Semua yang berlaku itu, semuanya berada dalam pengetahuan Allah.
Perang yang berlaku sekarang dan konflik sepanjang 60-70 tahun lepas, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku, ketidakseimbangan kuasa, semua tu ujian bagi mereka yang hidup zaman ini.
Empayar Uthmaniyyah, ketika mereka dah 300 tahun berkuasa, mesti tak pernah sangka satu hari nanti akan berkubur.
300 tahun tahun lagi, mungkin kuasa dunia berubah dan diluar jangkaan kita sekarang. Dengan populasi negara maju berkurang drastik (negara tua), itu je dah jadi satu penyebab negara tersebut akan berbeza 50-100 tahun akan datang.
Maksudnya, tak perlu risau sangat dunia ni secara keterlaluan. Hayat hidup kita yang tak sampai 75 tahun ni perlu dirisaukan kalau mati dalam tidak beriman, banyak dosa dan masuk neraka dan kekal selamanya. Nauzubillah.
Kita doa yang terbaik untuk penduduk negara yang tidak bersalah yang dizalimi. Tapi percayalah, semua tu dalam pengetahuan Allah dan ada balasan untuk mereka semua di akhirat.
Itu sudut pandang yang semua muslim kena ada bila rasa helpless dengan keadaan dunia ni.
Perbaiki apa yang ada dalam kawalan kita.