Parti #Warisan Sabah peringkat nasional secara rasmi dilancarkan hari ini, melebarkan sayapnya ke seluruh negara.
Presidennya @mohdshafieapdal berkata ia sekaligus menjadi landasan untuk membina negara yang bukan semata-mata berasaskan kaum & agama tertentu.
Apa yg penting kpd kita pada masa ini adalah tentang cara bagaimana membawa negara keluar dari kemelut ekonomi akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Dgn peruntukan yang cukup besar yg telah dibentangkan dalam Bajet 2022, penting bagi kita menilai semula keutamaan.
Walaupun bajet / peruntukan yang diumumkan sungguh besar jumlahnya, namun Sabah & Sarawak masih lagi disisihkan dengan peruntukan yang kecil/ sedikit.
Saya akan ulas lagi perkara ini esok, jam 3.00 petang dalam wawancara bersama Sinar Harian. Jangan lupa saksikan!
Kerajaan telah meningkatkan tahap kadar hutang negara berbanding KDNK daripada 55 peratus pada 2019 kepada 65 peratus untuk 2021, bagi menampung jumlah perbelanjaan yang besar negara, lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.
Kesan hutang negara ini untuk jangka panting mungkin tidak dirasai oleh generasi kita. Namun perlulah berpada-pada, agar anak cucu kita tidak berasa bebannya.
Sepanjang lebih dua tahun ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM580 billion dalam 8 pakej stimulus yang diumumkan. Malah pada tahun 2020 pula, kerajaan mengumumkan belanjawan Negara sebanyak RM 314.8 bilion.
Namun apakah jaminan dengan belanjawan sebegini besar boleh membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi yang bukan sahaja melanda Malaysia, malah seluruh negara di dunia juga terkesan. Saya akan ulas lebih lanjut tengahari nanti, InshaAllah.