Patut la anak nampak muka ayah macam nampak playground.
Ikut fitrah memang setiap anak suka bermain dengan ayah berbanding ibu.
Ini kerana cara ayah bermain yang sedikit kasar dan lasak dalam games fizikal buat anak rasa lebih puas dan lebih enjoy bermain.
Anak lasak ni bukan tak makan saman tapi jiwa dia berkobar kobar tak boleh tahan nak meneroka dunia sekelilingnya..
“Pandai polish, pandai groom lasak pun boleh jadi orang yang hebat kelak.”
Jangan mengeluh jika anak lasak, tapi patut banyak syukur. Itu la rezeki yang ramai ibu ayah luar sana duk doa setiap hari mahu ada pada anak mereka.
Yang sihat otaknya, sihat fizikalnya, sihat emosinya, sihat tumbesarannya, dalaman & luaran dia sihat walafiat..
Sebaliknya banyakkan berkata seperti lebih baik, bertuah, hebat, hati-hati, aktif, boleh kepada dia.
Kata kata begini dapat meningkatkan lagi potensi anak jadi makin berkembang dan jika ada rezeki dapat unlock potensi terpendam dia.
Akhir sekali anak sulung selalunya jadi tempat bergantung adik adik.
Jika ada masalah takut nak cakap kat ibu ayah, pada abang / kakak ni la si adik meluah dan minta bantuan.
Memang kena jaga baik-baik bonding mereka ni supaya mereka semua ikhlas & saling sayang sesama lain.
Anak sulung.. elak menyuruh anak sulung mengalah pada adik-adiknya tanpa sebab.
Ini la punca adik adik hilang hormat dan hilang empati pada abang / kakak dia.
Anak sulung juga roles model pada adik adiknya.
Semua yang dia buat adik adik akan lihat & serap sebagai rujukan.
Kita kena jaga & didik betul betul anak sulung ni supaya dia jadi penanda aras yang baik pada adiknya.
Tak nak anak jadi kasar 👶🏻
Banyakkan tunjuk cara menjadi TAK KASAR dengan dia
- cakap baik-baik
- tegur elok-elok
- kerap peluk
- tak memaksa
- kurang ugut-ugut
- byk tolak ansur
- ucap “i love u”
- ajar minta maaf
Anak belajar banyak melihat kita daripada dengar cakap kita!
Lebih berkesan kita gabungkan perkataan tolong ni dengan ajak.
“Abg tolong ajak adik angkat baju”
“Kakak jom tolong ibu basuh pinggan”
Apa guna kita ada nasihat terbaik kalau anak susah dengar.
Makin mudah anak dengar cakap, makin kurang la kesilapan dia akan buat.
10 Cara Mudah Anak Dengar Cakap.
1️⃣ - Panggil nama dia
Nama ni sensetif, orang panggil nama comfirm kita akan toleh, sama juga dengan anak.
Nak lagi berkesan panggil terus nama penuh dengan nama bapa sekali.
“Muhammad aisy rizqi bin mohd fhais, kemas mainan sekarang”
Anak yang di beri peluang untuk meluah akan lebih rela hati menerima teguran berbanding yang tidak.
🔟 - Minta tolong
Perkataan “tolong” ni sangat berkesan. Ibarat magik word untuk minta anak buat sesuatu.
“Kakak tolong ibu ...”
“Abg tolong ayah ...”