PELAKSANAAN PROSES PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM OSC 3.0 PLUS
Dimaklumkan bahawa MPPD melalui Unit Pusat Setempat (OSC) akn mlaksanakn Proses Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) utk proses 3 hingga 6 secara atas talian berkuatkuasa 16 Jun 2025
SESI ‘TEACH IN’ BERKAITAN PERMOHONAN CCC (Proses 3 – Proses 6) MELALUI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE
MPPD telah mengadakan sesi ‘teach in’ berkaitan Permohonan Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) (Proses 3 – Proses 6) melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online.
WAKTU OPERASI KAUNTER BAYARAN UTAMA CUKAI TAKSIRAN ( CUKAI PINTU ) TAHUN 2025
Kaunter Bayaran Utama (Blok A, MPPD) akan beroperasi sepanjang bulan Februari 2025 (bermula 1/02/2025) bagi pembayaran Cukai Taksiran pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum jam 8.30 pagi - 2.00 petang
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya!
Semoga tahun ini membawa keberkatan, kejayaan, dan kebahagiaan buat anda dan seluruh keluarga tercinta.
Ikhlas daripada seluruh warga Majlis Perbandaran Port Dickson
#MajlisPerbandaranPortDickson#teguhbersamaMPPD
📢📢JUALAN RAHMAH MADANI SEMPENA TAHUN BARU 2025🎉🎉
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan anjuran bersama MPPD akan bawakan JUMLAH RAMAH MADANI menawarkan pelbagai barangan keperluan asas terpilih dgn potongan harga lebih murah dr harga pasaran
BANTUAN PENGHANTARAN BARANG KEPERLUAN BANJIR DI REMBAU
TARIKH : 12 Disember 2024 (KHAMIS)
LOKASI : Jabatan Kebajikan Masyarakat Rembau
MPPD telah melaksanakan kerja kerja khidmat sosial dengan memberi bantuan penghantaran barang-barang keperluan mangsa banjir ke Rembau.
HEBAHAN UMUM
Warga Port Dickson! Kaunter Bergerak & Kempen 5Kg Drop & Go KITARecycle berada di kawasan anda pada minggu ini dikawasan berikut :
Tempat : Jalan Mahajaya, PD (berhampiran pondok Penguatkuasa MPPD)
Tarikh : 14 Disember 2024 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi - 11:30 pagi
JUALAN LELONGAN BARANG SITAAAN
Tarikh : 10 Disember 2024 (Selasa)
Lokasi : Bangunan Perniagaan Cahaya Suria Port Dickson
Jabatan Penguatkuasaan MPPD telah menjalankan proses Jualan Lelongan Barang Sitaan bertempat di kawasan lapang Bangunan Perniagaan Cahaya Suria, PD.
Bengkel BUSINESS REQUIREMENT SPECIFICATION (BRS) Bagi Pembangunan NATIONAL BIM e-SUBMISSIONS (NBES) bersama Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Daerah Tampin
Tarikh : 5-7 Disember 2024 (Khamis - Sabtu)
Lokasi : AMES Hotel, Jalan PKAK 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, Melaka
LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA, DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) BERKAITAN CAJ PEMAJUAN
Tarikh : 9 Disember 2024 (Isnin)
Lokasi : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf Taman Komuniti Awam (Fasa 2), Majlis Perbandaran Port Dickson
Tarikh : 09 Disember 2024
Kerja-kerja naiktaraf Taman Komuniti Awam (Fasa 2), Majlis Perbandaran Port Dickson telah selesai dilaksanakan pada 08 Disember 2024.
MAKLUMAN PENTING
Promosi diskaun 80% ke atas kompaun telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.
Rebut peluang ini untuk menyelesaikan kompaun dengan penjimatan yang besar sebelum tawaran tamat.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Penguatkuasaan MPPD ditalian 06-6462057
NOTIS PEMBERITAHUAN
Pembaharuan Sijil Kontraktor MPPD bagi Tahun 2025 akan bermula 11 Disember 2024 Di Kaunter Jabatan Kejuruteraan.
Borang Permohonan boleh dimuat turun di Portal Rasmi MPPD ( https://t.co/B2kQmFIQ0Z )dan perlu dibawa semasa urusan Pembaharuan Sijil.
ADUAN POKOK TUMBANG
27 November 2024 (Rabu)
Pasukan Unit Tindakan Khas dan Penyelenggaraan Kecil, Jabatan Kejuruteraan, MPPD telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang di sekitar Bandar Springhill setelah menerima aduan daripada orang awam.
Kerja-kerja penampalan jalan telah dijalankan oleh pasukan Unit Tindakan Khas dan Penyelenggaraan Kecil, Jabatan Kejuruteraan MPPD di sekitar kawasan perniagaan Bandar Springhill pada 14 November 2024.
#MajlisPerbandaranPortDickson#teguhbersamaMPPD#PDmenarikdanbersih
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan 2024.
Tarikh : 16 November 2024 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : City Park Seremban 2
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON TELAH MENERIMA ANUGERAH PENARAFAN BANDAR PINTAR MALAYSIA 2024 DI SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN