Sejak kahwin, tiada lagi mandi di tempat umum. Sungai tidak. Laut tidak. Kolam bercampur jantina pun tidak. Baju renang yang patuh syariah pun bila keluar dari air akan melekat di badan juga.
Larangan suami ini bertepatan dengan hadis Nabi ο·Ί: "Demi Zat yang jiwaku ada pada tangan-Nya, tidaklah seorang perempuan menanggalkan pakaiannya di selain rumah seorang daripada ibunya melainkan dia telah mengoyak setiap tirai penutup antara dirinya dan Allah SWT.β [HR Ahmad (27578)]οΏΌ
Inilah kata-kata Nabi ο·Ί ketika bertemu dengan Ummu al-Darda semasa beliau baru keluar dari tempat permandian umum.
Jika teringin nak mandi kolam, pergilah hotel yang ada private pool atau kolam yang khas untuk wanita.
Bila kita dambakan lelaki qawwam sebagai suami, maka kena bersedia untuk taat pada semua perkara yang makruf.οΏΌ
Berdoa minta 3 hal ini untuk pasangan hidupmu :
1. Ya Allah, anugerahkan seseorang yang akan mengingatkanku padaMu.
2. Ya Allah, anugerahkan seseorang yang akan memegang tanganku ke syurgaMu.
3. Ya Allah, anugerahkan seseorang yang akan meningkatkan kadar keimananku padaMu.
Percayalah, kalau dah tertulis itu adalah rezeki kita, ia takkan jadi milik orang lain. Samada rezeki duit, rezeki pekerjaan, rezeki biasiswa, rezeki tawaran belajar, rezeki jodoh sekalipun.
Berusahalah. Berdoalah. Tapi tetaplah tenang. Takdir Allah segalanya indah.
Sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijah adalah antara waktu terbaik untuk beribadah, sehinggakan sebahagian ulama berpendapat ia lebih baik daripada sepuluh malam terakhir Ramadan.