Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di
https://t.co/mD3xwaKT9L
#MCMC#ONSA
Nak tahu cara guna elektrik secara berhemah? Jom tonton video ni. Dari peti sejuk ke penyaman udara, setiap peralatan ada cara nak guna secara bijak.
Jom kita jadi ejen #MisiBijakTenaga untuk masa depan yang #BetterBrighter
https://t.co/2SsskUEShp
⚡MISI BIJAK TENAGA BERSAMA EJEN ALI DAN JERO⚡
Nak tahu cara guna elektrik secara berhemah? Jom tonton video ni. Dari peti sejuk ke penyaman udara, setiap peralatan ada cara nak guna secara bijak.
Jom kita jadi ejen #MisiBijakTenaga untuk masa depan yang #BetterBrighter.
📢 Terima kandungan yang meragukan? Jangan panik, jangan sebarkan! Kini anda boleh semak kesahihan sesuatu maklumat dengan mudah melalui AIFA di portal https://t.co/wV6HzfeXaw atau scan QR sahaja!
#AIFA#SebenarnyaMy#TidakPastiJanganKongsi
Kempen Internet Selamat sempena Hari Bersama Komuniti di NADI Sim Sim, Sandakan.
Saya sentiasa tekankan bahawa penggunaan media sosial oleh kanak-kanak bawah 13 tahun perlu sentiasa diawasi oleh ibu bapa.
Ini penting kerana kita tidak mahu anak-anak terjebak dengan kandungan negatif, buli siber, penipuan dalam talian, atau sebarang pengaruh yang boleh membahayakan keselamatan dan perkembangan mereka.
Sama-sama kita jadikan Internet tempat yang lebih selamat untuk generasi masa depan!
Biarpun berdepan pelbagai cabaran serta pahit getir, pasukan Sang Saka Biru terus berdiri teguh memastikan keamanan dan keharmonian negara.
Pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ternilai harganya.
Sempena sambutan Hari Polis ke-218 hari ini, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota PDRM.
Semoga ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka, lebih-lebih lagi dengan sambutan Syawal yang semakin hampir.
Selamat Hari Polis, @PDRMsia!
Teruslah berkhidmat dengan penuh adil, dedikasi, amanah dan integriti, demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Hari ini saya dan YB @TeoNieChing telah bertemu dengan Persatuan ALIFE (mewakili penganjur-penganjur konsert) dan syarikat-syarikat jualan tiket utama. Turut hadir bersama ialah Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Azman Adam, serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Tn. Zubir Hamsa.
Kami teliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert, serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.
Selain dari ejen jualan tiket, pengguna juga boleh menggunakan proses Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan, di mana pihak tribunal akan menilai dan menentukan kelayakan pampasan.
Perbincangan ini mengukuhkan komitmen Kerajaan MADANI dan semua pihak dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan.
Kementerian Komunikasi (KK/@komunikasi_gov) telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC/@MCMC_RASMI ).
Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan usia dan latar belakang mengenai pentingnya keselamatan internet.
Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet hari ini, Kementerian Komunikasi juga ingin memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

TAKLIMAT NADI MAHIR
TARIKH: 11 OKTOBER 2024 | 10.00 pagi
TEMPAT: NADI IGAN
Terdapat 5 jenis kursus yang ditawar iaitu:
👩🏻🍳 Mahir Masak
📸 Mahir Foto
🪡 Mahir Jahit
🪛 Mahir Baiki Gajet
🌱 Mahir Pertanian Pintar
Jom daftar sekarang di NADI IGAN 😊