2 Ogos 2026
Menyempurnakan pelepasan peserta acara Larian Obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Dataran Pantai Batu Laut di Tanjung Sepat seawal jam 8.00 pagi.
Hampir 1,000 warga Kuala Langat menyertai larian sejauh lima kilometer yang diketuai oleh EXCO Perumahan dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, YB Datuk Borhan Aman Shah.
Majlis dimulakan dengan perarakan obor SUKMA XXII yang dibawa oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Dato' Mohamad Zahri Samingon, seterusnya diserahkan kepada Yang Dipertua MPKL, Encik Amri Ismail sebagai tanda simbolik ketibaan obor ke Kuala Langat.
Acara ini turut disertai oleh Orang Besar Daerah Kuala Langat, YDM Tengku Dato' Mohamed Tengku Harun dan Pegawai Daerah Kuala Langat, YM Tengku Rohana Tengku Nawawi.
31 Julai 2026
Mengetuai delegasi Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 ke Negeri Sembilan dan mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Mohd Zafir Ibrahim di Wisma Negeri di Seremban.
Kunjungan ini merupakan salah satu tradisi bersempena penganjuran SUKMA di mana wakil kerajaan dari negeri tuan rumah akan berkunjung dan mengemukakan jemputan kepada wakil kerajaan negeri-negeri yang bakal menyertai temasya sukan ini.
Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan jemputan rasmi bagi menyertai SUKMA XXII Selangor 2026 seterusnya menyerahkan surat tanda terima kasih dan pengesahan penyertaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan.
Pertemuan turut disertai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan, Puan Marhizah Abdul Razak.
Pentadbiran negeri berhasrat mengadakan pertemuan dengan Rejimen 502 bagi membincangkan usaha meningkatkan penglibatan anak muda dalam Askar Wataniah menerusi program khusus bersama pimpinan belia di Selangor.
EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berkata penyertaan lebih ramai golongan muda dalam pasukan itu mampu melahirkan generasi yang berintegriti serta berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Beliau berkata, di bawah portfolionya, penglibatan pimpinan khususnya Penggerak Belia Selangor (PeBS) dalam Askar Wataniah sentiasa digalakkan sebagai platform membentuk disiplin dan kepimpinan.
🌐 https://t.co/sYOomKX1h1
#MediaSelangor
Pentadbiran negeri berhasrat mengadakan pertemuan dengan Rejimen 502 bagi membincangkan usaha meningkatkan penglibatan anak muda dalam Askar Wataniah menerusi program khusus bersama pimpinan belia di Selangor.
EXCO Belia, Mohd Najwan Halimi @NajwanHalimi berkata penyertaan lebih ramai golongan muda dalam pasukan itu mampu melahirkan generasi yang berintegriti serta berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran.
#MediaSelangor #KlikSemasa #askar #wataniah #Selangor #MohdNajwanHalimi
Kontinjen Selangor bersedia sepenuhnya menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, dengan segala persiapan kini berjalan lancar.
EXCO Sukan, Mohd Najwan Halimi @NajwanHalimi berkata latihan atlet, pengurusan pasukan serta penyelarasan logistik berjalan lancar bagi memastikan kontinjen tuan rumah tampil dengan prestasi terbaik pada temasya itu.
#SUKMA2026 #KontinjenSelangor #NajwanHalimi #SukanSelangor #RoadToGold #mediaselangor #klik
Alhamdulillah, semalam saya selesai menamatkan Kursus Bakal Pegawai (Sukarela) Decentralised Siri 2/2026 Askar Wataniah Malaysia di Kem Sungai Buloh.
Saya mula terlibat sebagai anggota Askar Wataniah dalam Rejimen 502 sejak 2015. Setelah lebih 11 tahun, akhirnya berpeluang mengikuti kursus untuk ditauliahkan sebagai pegawai.
Jom sertai pasukan Askar Wataniah dan bersama kita berkhidmat untuk negara!
Pada sebelah petang, saya hadir mengiringi Dato' Menteri Besar Selangor yang hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor sebagai simbolik pelepasan kontinjen ke Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang akan bermula secara rasmi pada 15 Ogos ini.
Kontinjen SUKMA Negeri Selangor kali ini bakal diwakili seramai 1,029 orang, terdiri daripada 838 atlet dan 191 pegawai pasukan, yang akan beraksi dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan. Dengan persiapan rapi dan semangat juang yang tinggi, Selangor optimis untuk meneruskan kecemerlangan dengan sasaran 80 pingat emas serta menjulang kejuaraan keseluruhan buat kali ke-10 di hadapan penyokong sendiri.
Bagi Para SUKMA Selangor, kontinjen Para SUKMA turut menyasarkan 60 pingat emas dengan tekad mencipta sejarah muncul juara keseluruhan buat kali pertama.
Sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan dan kecemerlangan atlet, Dato' Menteri Besar turut mengumumkan insentif tambahan sehingga RM10,000 kepada setiap pemenang pingat emas, selain insentif tambahan sekiranya Selangor berjaya muncul juara keseluruhan.
Kerajaan Negeri Selangor juga meneruskan pelaksanaan Program Bapa Angkat Pasukan Kontinjen Negeri Selangor yang melibatkan Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi memperkukuh kebajikan atlet dan memastikan segala persiapan kontinjen berjalan lancar.
Selamat berjuang kepada seluruh atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen Negeri Selangor. Semoga segala usaha dan pengorbanan membuahkan kejayaan.
26 Julai 2026
Menghadiri acara Larian Obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Laman MBPJ seawal jam 7.45 pagi.
Hampir 1,000 warga Petaling Jaya menyertai larian sejauh lima kilometer yang diketuai oleh Datuk Bandar MBPJ, Dato' Mohamad Zahri Samingon.
Majlis dimulakan dengan perarakan obor SUKMA XXII yang dibawa oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Dato' Amirul Azizan Abd. Rahim, seterusnya diserahkan kepada Datuk Bandar MBPJ sebagai tanda simbolik ketibaan obor ke Petaling Jaya.
Saya seterusnya ke Bukit Jelutong untuk menyantuni program Sukan Rakyat & Permainan Tradisional anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 19.
Selain menyantuni kelompok ibu-ibu yang hadir memberikan sokongan kepada suami dan anak-anak yang mengambil bahagian, saya turut luangkan masa menyertai perlawanan bola sepak 9 sebelah bersama anak-anak muda.
Saya senang sekali melihat kemesraan dan ikatan perhubungan di antara komuniti di Bukit Jelutong yang dizahirkan menerusi penglibatan dalam program sukan ini.
Tahniah kepada YM Tengku Ahmad Tengku Kasim, pengerusi MPP Zon 19 dan pasukan beliau yang menganjurkan program ini dengan jayanya!
25 Julai 2026
Menyempurnakan perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Raja Muda ke-31 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Seksyen 21.
Kejohanan ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan penglibatan aktif para ibu bapa yang hadir untuk menzahirkan sokongan kepada anak-anak mereka.
Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah dan murid-murid yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan.
Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) bakal membuka permohonan dua pembiayaan mikro baharu berjumlah RM20 juta bermula Ogos ini bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan, termasuk mereka yang ingin memulakan langkah dalam bidang keusahawanan.
Ketua Pegawai Perniagaan Yayasan Hijrah Selangor @hijrahselangor berkata pembiayaan berkenaan merangkumi Dana Pantas berjumlah RM13 juta yang terbuka kepada semua sektor perniagaan serta Dana Niaga Tani bernilai RM7 juta khusus bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan dan akuakultur.
#mediaselangor #kliksemasa #yayasanhijrahselangor
Pelancaran sistem digital pengurusan pinjaman Dana Plus mampu mempercepat proses pembiayaan dengan permohonan bawah RM10,000 boleh diluluskan dalam tempoh 48 jam.
Ketua Pegawai Perniagaan Yayasan Hijrah Selangor @hijrahselangor , Nilammasri Jaafar berkata, aplikasi yang mula digunakan sejak 1 Januari 2025 itu menjadi platform utama bagi menguruskan pembiayaan mikro secara lebih telus, efisien dan pantas.
#mediaselangor #kliksemasa #yayasanhijrahselangor
Sorotan sekitar majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Dato' Mearia Hamzah, yang disaksikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari,
Hadir ke majlis peluncuran aplikasi DANA PLUS, inisiatif terbaharu oleh Yayasan Hijrah Selangor yang disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, petang semalam.
Melalui DANA PLUS, keseluruhan proses permohonan pembiayaan mikro Yayasan Hijrah Selangor kini dilaksanakan secara 100% digital, bermula daripada permohonan, pengesahan identiti (e-KYC), semakan dan kelulusan pembiayaan, tandatangan perjanjian secara digital (e-Signature) sehinggalah kepada pembayaran balik melalui Auto Debit. Permohonan juga boleh dibuat 24 jam sehari, 365 hari setahun, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan.
Tempoh kelulusan bagi pembiayaan sehingga RM10,000 yang sebelum ini mengambil masa antara 14 hingga 21 hari kini dapat diselesaikan dalam tempoh 48 jam, malah rekod terpantas yang pernah dicapai hanyalah empat jam.
DANA PLUS juga menjadi platform utama penyaluran peruntukan pembiayaan mikro berjumlah RM32 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan Selangor 2026 dan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.
Pada majlis yang sama, saya turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Hijrah Selangor dan Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi memperkukuh pelaksanaan Program iTEKAD. Kerjasama ini akan membantu lebih ramai usahawan B40 dan asnaf melalui pembiayaan mikro sehingga RM50,000, geran permulaan sehingga RM5,000, latihan keusahawanan serta perlindungan takaful, sekali gus membina ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh untuk mereka berkembang.
Pada majlis sama, Yayasan Hijrah Selangor turut menerima pengiktirafan sebagai Top 3 IFN Islamic Microfinance Institution of the Year 2025 (Non-Banking Financial Institutions).
Pengiktirafan antarabangsa ini membuktikan komitmen dan kecemerlangan Yayasan Hijrah Selangor dalam memacu inovasi pembiayaan mikro Islam serta memperkasakan usahawan melalui akses pembiayaan yang inklusif.
🇦🇷 Alguien ha hecho un resumen de 13 minutos con todas las acciones sucias de los argentinos en la final.
Vídeo de jugar al fútbol no hay, eso sí. https://t.co/g8ReZ2cWCO
Jelajah Larian Obor sempena SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 diteruskan di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) hari ini, bagi menyemarakkan lagi semangat orang ramai menjelang temasya sukan terbesar negara itu.
Baca selanjutnya: https://t.co/RnzxiiGyTp
#MediaSelangor #SUKMA #JelajahLarianObor
Jelajah Larian Obor sempena SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 diteruskan di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) hari ini, bagi menyemarakkan lagi semangat orang ramai menjelang temasya sukan terbesar negara itu.
Majlis pelepasan di Subang Parade disempurnakan EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi.
#JelajahLarianObor #SUKMAXXII #ParaSUKMASelangor2026 #MBSJ #MajlisBandaraSubangJaya #EXCOBeliaSukanKeusahawanan #MediaSelangor