Doa Pagi Jumaat 🤍
Ya Allah, kurniakanlah kami kesihatan, ketenangan hati dan senyuman. Murahkanlah rezeki kami, permudahkanlah segala urusan dan hadirkanlah insan-insan yang baik dalam hidup kami.
Amin ya Rabbal Alamin.
No one knows your struggles but Allah. The silent battles you fought, the tears you shed at night, the burden on your shoulders; He’s aware of them all. Pull yourself together and keep going because it will get better.
Untuk semua yang akan pulang ke kampung halaman, rancang awal perjalanan anda dan berhati-hati di jalan raya.
Jika penat atau mengantuk, singgah rehat di R&R.
Saya doakan semoga semua selamat sampai ke destinasi yang dituju ❤️
Pada hari Ahad yang lepas, Israel mengumumkan tentera penjajah terlibat dalam pertempuran sengit di beberapa kawasan di Gaza yang mengakibatkan kematian beberapa pegawai dan tentera mereka.
Ramai orang menyangkakan pertempuran sengit ini melibatkan ratusan atau ribuan anggota Al-Qassam. Hakikatnya semalam dunia dikejutkan dengan pengumuman Abu Ubaidah yang mengatakan jumlah pejuang yang terlibat hanyalah 25 orang di mana hanya seorang daripadanya yang gugur syahid.
Baki yang lainnya telah selamat kembali ke pangkalan mereka tanpa mengalami kecederaan. Di pihak penjajah pulah telah menyaksikan begitu ramai tentera mereka yang terbunuh. Kehandalan ini patut dipahat dalam sejarah. Tahniah kepada mereka yang menukilnya dengan darah.
Kredit: X A Mansour (bekas wartawan Al jazeera)
Ya Allah, mewahkan rezekiku bulan ni.
Ya Allah, mewahkan rezekiku bulan ni.
Ya Allah, mewahkan rezekiku bulan ni.
Ya Allah, mewahkan rezekiku bulan ni.
Ya Allah, mewahkan rezekiku bulan ni.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. ✨🤲
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
- Bil air RM30.00.
- Duit rumah RM700.00.
- Duit kereta RM700.00.
- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.
- Bil elektrik RM170.00.
- Ansuran motor kapcai RM150.00.
- Yuran Tuisyen anak RM150.00.
- Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..
'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."
Isteri spontan menyampuk..
'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..
'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!