Apakah perkara yang paling dinantikan setiap kali tiba sambutan Deepavali, dan apakah satu perkara yang ingin dikongsikan bersama rakan daripada kaum lain?
Saksikan perkongsian menarik tentang kemeriahan berkumpul bersama keluarga, tradisi membuat muruku dan kolam, serta kemesraan meraikan perayaan ini bersama rakan-rakan pelbagai kaum!
Konflik dan salah faham dalam komuniti boleh berlaku dalam pelbagai situasi, termasuk isu kejiranan, penggunaan kawasan bersama dan hubungan kekeluargaan.
Bagaimanakah Mediator Komuniti memainkan peranan dalam membantu menangani situasi ini?
Saksikan perkongsian mereka menerusi video ini untuk mengetahui lebih lanjut!
Kementerian Perpaduan Negara menjemput anda untuk menyertai Persidangan Pembinaan Negara Bangsa 2026 yang akan berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persidangan ini menghimpunkan pelbagai pihak untuk bertukar pandangan dan meneroka idea berkaitan pembinaan Negara Bangsa menerusi lima tema utama iaitu Perlembagaan dan Rukun Negara, Warisan dan Sejarah, Kepelbagaian dan Kesepaduan Sosial, Syarahan Negarawan serta Transformasi Negara Bangsa.
📅 30 November – 2 Disember 2026 (Isnin – Rabu)
🕗 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran!
Kita tak perlu sama untuk bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa. 🇲🇾
Persidangan Pembinaan Negara Bangsa 2026 akan berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persidangan ini menjadi wadah untuk menyatukan pemikiran, memperkukuh iltizam serta merangka hala tuju pembinaan Negara Bangsa yang berteraskan semangat patriotisme, kesetiaan kepada negara dan penghormatan terhadap kepelbagaian.
Kita tak perlu sama untuk bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa. 🇲🇾
Pembinaan Negara Bangsa merupakan aspirasi bersama seluruh rakyat Malaysia dalam membentuk sebuah negara yang bersatu padu, berdaulat dan harmoni.
Aspirasi ini menuntut warganegara yang memiliki identiti nasional yang kukuh, menghayati nilai sepunya serta berkongsi rasa memiliki dan tanggungjawab terhadap negara. Dalam masa yang sama, kepelbagaian etnik, agama, budaya dan wilayah perlu dihormati serta diraikan sebagai kekuatan bersama.
Kita tak perlu sama untuk bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa. 🇲🇾
Pembinaan Negara Bangsa bukan sekadar tentang hidup bersama, tetapi memperkukuh kebersamaan rakyat Malaysia melalui identiti nasional yang kukuh, tanggungjawab kewarganegaraan dan hubungan sosial yang erat.
Berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, usaha ini turut menekankan kepentingan institusi yang adil dan dipercayai dalam memperkukuh kebersamaan rakyat Malaysia.
Kita tak perlu sama untuk bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa. 🇲🇾