Jangan mencari kesempurnaan dalam diri manusia kerana setiap manusia tidak sempurna.
Fitrahnya manusia itu ada kelebihan dan kekurangan, akan ada salah dan silap.
Oleh itu, jangan anggap orang lain sempurna dan juga jangan sesekali merasa diri sendiri sempurna.
Wanita haid mendapat pahala di bulan Ramadan dengan :
1. Senyum
2. Berzikir
3. Berselawat
4. Bersedekah
5. Membantu orang
6. Memohon keampunan Allah
7. Mendengar bacaan Al-Quran
8. Mendengar tazkirah
9. Beri makan orang berpuasa
10. Beri peringatan kepada orang
Ketahuilah wahai lelaki saat kamu menerima perempuan yang kamu nikahi itu sebagai amanah dari Allah yang dahulunya dalam jagaan walinya.
Maka saat itu segalanya kini terletak pada bahu kamu.
Doa yang hebat ;
"Ya Allah cabutlah segala di dalam hatiku apa yang engkau tidak suka, dan hiasilah hatiku segala sesuatu yang engkau suka."
Aamiin.. 🤲🏻
Ya Allah permudahkan urusanku, lapangkan lagi dadaku, luaskan lagi rasa sabarku dan selalu ingatkan aku tentang "bahawa tidak yang perlu aku khawatirkan selama Engkau bersamaku."