Miyy,
Ingat pesan sy sampai bila2 selepas ini
Di dlm dunia ini tiada istilah utk awk berikan hati awk in total pd sesiapa pun kecuali 3 perkara.
1. Utk Allah
2. Utk Rasulullah saw
3. Utk jihad di jalan Allah
Sifat manusia itu memang mmberi kekecewaan & kebahagian yg sementara
“Rezeki yg sebenar itu ialah yg x nmpk pd mata tp terasa pd hati”
Ada org naik motor, kerusi cuma muat 2 org, anak kecil dlm raga, tp mereka cukup mkn minum, x de hutang, erat hubungan anak beranak
Jgn tertipu dgn fahaman kaya rezeki hanyalah duit semata. Ia tipu daya syaitan.
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Luqman 31:26) #QuranHour
Pilihlah. Nakkan syurga atau sebaliknya. Nabi sebutkan dalam hadith sahih: Org yg putuskan silaturrahim tidak akan dapat syurga. Kita terlepas bila kita mencuba menjaga walaupun setelah berpenatan terlebih dahulu. Ia bkn satu kerugian, mungkin hnya pd dunia, tp tidak di akhirat.
Cara nak hubungkan silaturrahim semula kalau baru2 ni ada konflik yg tak “Settle2” lg.
1. Jd org yg bertanya dulu
2. Jd org yg berdoa dulu
3. Jd org yg spent duit / masa / tenaga dulu
4. Jd org yg nk berjumpa dulu
X ramai blh buat benda mcm ni dulu, itulah punca kekal bergaduh
Musibah dan bencana bukan semata-mata kerna kemaksiatan dan dosa
Boleh jadi ia berlaku sebagai satu bentuk muhasabah bagi para pendakwah untuk perbaiki diri dalam berdakwah
.
#muhasabahdarimusibah
Formula HIJRAH
H - Hilangkan rasa tak puas hati dengan orang lain
I - Inspire others
J - Jangan buang masa
R - Rasa hamba pada diri, tingkatkan mutu ibadah
A - Ambil masa untuk tenang
H - Hisab diri sendiri sebelum hitung diri orang lain
.
Buat para suami, sebelum tidur, bisikkanlah ke telinga isteri
"Sayang, abang redha akan sayang. Semoga Allah kurniakan syurga buat sayang"
Kerna, kita x tahu sama ada kita masih berpeluang atau tidak utk mengucapkannya pada esok hari. Sedangkan syurga isteri pada redha suami
.
Kunci Bahagia Rumah Tangga, Tips BTS
B - Berbincang antara suami isteri andai ada perselisihan
T - Tinta do'a kepada Allah agar pelihara rumahtangga yg terbina
S - Solat berjemaah sesama suami isteri sekurang-kurangnya sebulan sekali
.
Dalam Islam, tak ada istilah tipu sunat. Tetapi ada istilah tipu yang dibenarkan
Sebab, salah satu sifat wajib bagi Nabi adalah 'Siddiq', yang bermaksud 'Yang Benar atau Membenarkan'. Dan mustahil sifat Nabi itu menipu
Ubah persepsi dan penggunaan istilah, InsyaAllah!
.
Terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMI.. Maka apabila BAIKnya seorang SUAMI itu baiklah juga ISTERInya.. Apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHAHlah juga isterinya.. SUAMI itu sebagai ACUAN buat ISTERInya..💕
Bersyukur,
Kunci Selamat Dunia Akhirat
Jangan sombong bila sihat,
Ingat,
Firaun x pernah sakit sepanjang hidupnya!
Jangan bongkak bila kaya,
Ingat,
Kekayaan Qarun sampai 40 ekor unta bawak kunci harta!
Jangan kufur bila berkuasa,
Ingat,
Namrud juga seorang raja yg berkuasa!
.
Terkadang kita tak sedar yg hati kita sedang sakit.
Apa kata kita ubatinya?
Ubat hati ada 5:
1. Baca Quran & maknanya
2. Dirikan solat ditengah malam
3. Banyakkan puasa sunat
4. Bergaul dgn org soleh
5. Zikir malam panjangkan
Cubalah.😉 Saksikan kesembuhan sendiri.
Bermula petang ni, selepas Maghrib, kita akan memasuki 9 Zulhijjah, atau dikenali Hari 'Arafah. Di antara waktu mustajab do'a adalah pada tarikh tersebut. Jadi, ayuh kita perbanyakkan do'a pada hari tersebut
.
Tarikh terbaik utk brpuasa sempena Zulhijjah 1439H
- 20hb Ogos 2018 (sunat Isnin)
- 21hb Ogos 2018 (sunat Arafah/9 Zulhijjah)
- 26hb Ogos 2018 (sunat Hari Putih/ 14 Zulhijjah)
- 27hb Ogos 2018 (sunat Hari Putih/sunat Isnin/15 Zulhijjah)
*yg nk ganti puasa, boleh niatkn sekali
.