If we do say we love someone, sincerely, with all of our hearts, we need to accept of the different versions of that person. Good or bad, because no one person is perfect. // @aidaazlin_
Hidup akan lebih tenang kalau kita sedar kita tak perlu bersaing dengan sesiapa. Bangun pagi & mulakan hari sebab nak improve diri sendiri dan jaga keluarga kita sendiri. Tak ada niat nak berlumba atau nak buktikan kita “lebih” dari sesiapa. Hidup bebas dari penjara dalam jiwa.
Kata Nabi ﷺ, kaki kita semua tak akan berganjak pada hari kiamat sampai Allah soal 5 perkara;
1. Umur, usia hidup dihabiskan untuk apa?
2. Ilmu, apa yang diamalkan?
3. Harta, dari mana dapat?
4. Harta, ke mana dibelanjakan?
5. Setiap anggota badan, apa yang telah dibuat?
Belajarlah memuliakan orang lain sekecil apa pun usaha seseorang itu dalam mencari rezeki untuk keluarganya, jangan pernah dihina.
Kita tidak tahu, terkadang seseorang itu bekerja hanya untuk terus bertahan hidup demi diri dan keluarganya.
NERAKA UNTUK YANG SOLAT.
Kata ustaz dalam kuliah maghrib tadi, ada orang yang solat pun masuk neraka.
Nama neraka itu adalah Neraka Wail. Dalilnya Surah Al-Ma'un (107): 4-5.
Mereka golongan yang lalai dalam solat. Rukuk dan sujud sambil lewa, melewat-lewatkan solat hingga akhir/habis waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya.
Wail tu satu lembah kat dalam Neraka Jahannam. Gunung ganang hancur lebur kalau dicampak ke situ.
Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat.
NERAKA UNTUK YANG TIDAK SOLAT.
Neraka khusus untuk mereka yang tak solat pula adalah Neraka Saqar.
Dalilnya Surah Al-Muddatstsir: 42-43.
Neraka Saqar ni tingkatan ke-6 dari 7 tingkat neraka. Siksaan api yang sangat menyengat dan sangat dasyat kepanasannya. Terus menerus membakar kulit manusia.
Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab Neraka juga. Baru ada rasa takut nak tinggal solat.
Sama-sama kita jaga dan perbaiki solat. Jika ada culas dan tertinggal solat, segera bertaubat dan Qada' solat selagi hayat kita masih ada.
Jangan pandang dan judge orang lain! Lihat diri kita sendiri dan perbaiki diri kita dulu.
Tinggalkan gosip artis kerana tidak bermanfaat.
Nabi ﷺ sebut :
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
“antara tanda kebaikan seorang muslim adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya” (HR Tirmidzi)
#FawaidHadith
Carilah waktu untuk bersama al-Quran, bukanlah menunggu waktu lapang dahulu baru ingin bersama al-Quran.
Kerana waktu bersama al-Quran itu sangatlah bermakna dan mampu menyelamatkan kita pada hari akhirat.
“Mustahil tuhan membawamu sejauh ini hanya untuk gagal” is such a very calming words.
It feels so tenang bila faham konsep kita akan dapat apa yang kita patut dapat pada waktu yang betul & tepat 🤍