Surat Edaran JPA/KPPA/001 JLD. 3 (6), bertarikh 8 Ogos 2022:
PERINGATAN BERKAITAN ARAHAN LARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI AWAM
Pautan: https://t.co/EDWFYSe3D2
Catatan Duha.
Setiap perkara yang menimpa kita semuanya sudah tersurat sejak azali. Sebab itu orang beriman akan menerima apa sahaja yang berlaku ke atas dirinya.Hj Idris bin Hj Ahmad 12 Muharam 1444 10 Ogos 2022 Rabu.
Catatan Duha
Harta boleh menjadi nikmat dan boleh menjadi azab. Apabila digunakan untuk menuju keredhaan Allah SWT maka ia mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Hj Idris bin Hj Ahmad 11 Muharam 1444 9 Ogos 2022 Selasa.
Catatan Duha.
Kita hendaklah sentiasa membaca wirid secara tetap, yang terdiri daripada tasbih, istighfar, salawat dan membaca al-Quran. Waktu yang terbaik, waktu pagi dan petang.Hj Idris bin Hj Ahmad 10 Muharam 1444 8 Ogos 2022 Isnin.
Kali Pertama!
Apa lagi ungkapan yang boleh saya katakan, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas Persidangan dan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan Yang Pertama.
Catatan Duha.
Doa dan merintih kepada Allah merupakan penawar dalam hidup. Ia merupakan bentuk perhambaan yang paling tinggi ketika mendekatkan diri kepada Allah SWT.Hj Idris bin Hj Ahmad 9 Muharam 1444 7 Ogos 2022 Ahad
Sedih dan sayu dengan En Othman Hussain yang diuji dengan stroke. Dulunya pemandu kontena di Pelabuhan Klang. Seorang yang sangat kuat bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga.
Alhamdulillah petang ini saya ziarah untuk berjumpa ayahnya, En Yahaya untuk bertanyakan khabar. Diserahkan juga katil untuk kegunaan ayahnya.
Didoakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan buat En Yahaya dan anaknya sekeluarga.
#BukitGantangSejahtera
"Lalu makan ke Kak Yong?"
"Alhamdulillah makan"
"Solat buat tak?"
"Solat buat, tapi duduk la"
"Allahuakbar"
Kagum saya dengan Kak Salbiah.Umur dah 80 lebih, duduk di kerusi roda tapi tetap tak tinggal solat. Ini rahsia ingatannya kuat, walaupun penglihatannya sudah makin kabur.
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada @TVAlhijrah diberi anugerah 'No. 1 ASEAN Most Promising Islamic TV Station 2022' di Indonesia Award Magazine 2022.
Catatan Duha
Di antara perangai yang tidak patut ada kepada individu muslim ialah, dia tidak mahu buat tetapi dalam masa yang sama melarang orang lain hendak buat. Hj Idris bin Hj Ahmad 8 Muharam 1444 6 Ogos 2022 Sabtu
Catatan Duha
Perpaduan di kalangan orang Islam berjaya dibina oleh baginda Nabi Muhammad SAW di Madinah menyebabkan Islam mampu memerintah Madinah. Hj Idris bin Hj Ahmad 7 Muharam 1444 5 Ogos 2022 Jumaat.