๐ฌ Good Boys Go To Heaven โ Siri Yang Buat Aku Tak Sabar Tunggu Episod Seterusnya
Sejujurnya, aku tak tahu macam mana boleh sangkut tengok cerita ni. ๐
Pada mulanya aku ingat 8 episod siri ni dah complete dekat Netflix, jadi bolehlah marathon terus sampai habis. Sekali bila tengok episod pertama, baru sedar rupanya episod masih release secara mingguan.
Sekarang baru sampai episod 6.
Maksudnya aku terpaksa tunggu lagi 2 minggu untuk melengkapkan 8 episod dan mengetahui bagaimana pengakhiran sebenar cerita ni.
Lebih membuatkan aku tak sabar, aku terpaksa follow setiap episod semata-mata nak tahu apakah sebenarnya punca kematian anak Yasser yang menjadi antara misteri utama dalam siri ini. Setiap kali nampak macam dah nak dapat jawapan, mesti ada plot baru yang buat kita terus tertanya-tanya.
Apa yang buat aku terus melekat adalah jalan cerita dia yang unik. Dari episod pertama lagi, penonton terus dihujani dengan pelbagai persoalan dan misteri yang membuatkan kita sentiasa berfikir dan membuat andaian sendiri.
Bagi aku, kekuatan utama siri ni bukan sekadar plot dia yang misteri, tetapi bagaimana setiap watak mempunyai kisah dan rahsia tersendiri yang perlahan-lahan dibongkar. Lagi banyak jawapan yang kita dapat, lagi banyak persoalan baru yang muncul.
Sekarang ni aku cuma ada satu persoalan...
Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap kematian anak Yasser dan adakah misteri itu akan terjawab dalam dua episod terakhir nanti? ๐ค
Apa pun, setakat episod 6, memang berjaya buat aku terus melekat depan Netflix dan tak sabar menunggu minggu depan. ๐ฟ๐ฅ
#GoodBoysGoToHeaven #Netflix #NetflixMalaysia #DramaSeries #SeriesReview
Tak penah lagi tengok orang berbincang tentang plot cerita Melayu macam Good Boys Go to Heaven ni. Dah tiap-tiap minggu ada conspiracy theory siapa yang bunuh Ahyan.
Latest episode Good Boys go to heaven memang buat i teary.. mendalam, menusuk, and i terdiam at the end of the episode.
Speak up against abuse please ๐ญ