🚨⚪️ Marc Cucurella on playing with Vini Jr: “I do NOT care if he doesn't track back, or doesn't help defensively”.
“Let him stay fresh ALL GAME so he can score goals, I will do ALL THE DIRTY WORK for him”.
📍 Bangladesh
Fãs da seleção brasileira jogam fãs da seleção argentina no rio, após a vitória da seleção sobre o Haiti.
Os caras amam a seleção mais que muito brasileiro 😳
🚨🗣️Zidane: “If I coached Kylian Mbappé for France at a World Cup?
It would feel like a cheat code. Coaching Cristiano Ronaldo in the Champions League felt the same way (laughs).”
🎙️CARLO ANCELOTTI:
“How many minutes can Neymar play? He can play… I can play 90 minutes walking. He can play,he’s well. He worked very well, he trained very well. I am VERY happy with him.” 🇧🇷🇮🇹
Murid Menangis, Didakwa Dibuli Dalam Tandas Sekolah; Polis Dan JPN Sabah Siasat Video Tular
Oleh Mynewshub
TENOM – Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang murid dalam keadaan menangis dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sabah, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Video berdurasi kira-kira satu minit 30 saat yang mula tersebar sejak Selasa itu menunjukkan mangsa dipercayai ditarik rambut sebelum dibawa ke tandas oleh seorang lagi murid.
Dalam rakaman sama, mangsa turut dilihat seolah-olah digertak sebelum diarahkan mencuci muka selepas menangis.
Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai meminta tindakan segera diambil bagi memastikan keselamatan pelajar serta mengelakkan kejadian seumpamanya berulang.
Seorang pemilik akaun yang berkongsi video berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku di daerah Tenom.
Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd Razak ketika dihubungi media mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti fakta sebenar insiden berkenaan.
“Laporan diterima pagi tadi dan pegawai penyiasat sedang melakukan siasatan. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin memaklumkan pihaknya turut mengambil maklum mengenai video tular tersebut dan sedang menunggu laporan lengkap sebelum tindakan susulan diputuskan.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi berhubung status murid yang terlibat atau tindakan disiplin yang akan dikenakan.- MYNEWSHUB