“Memaafkan bukan bererti melupakan luka, tapi memilih untuk tidak membiarkan luka itu menguasai hati. Maafkanlah, kerana Allah cinta kepada hati yang lapang. Di sebalik tiap luka yang kau redakan, ada ganjaran syurga yang menanti penuh kasihNya.”
أَحِبْ قَدَرَكَ وَلَوْ كَانَ قَاسِيًا مُوجِعًا، مَهَمَّتُكَ تَبْقَى حَتَّى يُرْسِلَ اللَّهُ السَّعَادَةَ أَوْ الْمَوْتَ
cintailah takdirmu walaupun itu kejam dan meyakitkan, tugasmu hanya bertahan sampai tuhan memberikan kebahagiaan
atau kematian
Malam ni adalah malam Nisfu Syaaban.
Malam mustajabnya doa, maka perbanyakkan berdoa, mohon keampunan dari dosa-dosa, istighfar sebanyaknya, mohon perlindungan, diberikan ketenangan, berjaya meraih kejayaan dan kemudahan dalam urusan hidup dunia akhirat. Aamiin.. ✨🤲🏻
Peringatan untuk hari ini :
Subuh +4 minit
Zohor +8 minit
Asar +8 minit
Maghrib +6 minit
Isyak +8 minit
Total baru +34 minit
Allah bagi semua 24 jam
Tapi masih tak sempat solat? Kau bukan sibuk tapi kau SOMBONG dengan Tuhan kau sendiri.
Teruskan jadi baik, walaupun tak dilayan dengan baik. Kalau kita buat jahat dekat orang yang buat jahat dengan kita, antara kita dengan dia, sama je. Tak ada beza.
Kindness is the best revenge. Be kind always. 🫰🏻
“Jumaat pertama di bulan Rejab,
Jumaat terakhir di tahun 2025.”
Semoga Allah bukakan pintu rahmat, permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Aamiin.. ✨🤲🏻