Semalam kami ada berkongsi tentang kemahiran sosial di Facebook live. Tonton video rakaman live kami semalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran sosial (social skills)
#socialskills#awareness
2 April setiap tahun merupakan Hari Kesedaran Autism Sedunia :D
.
Kami di Realisation Outreach menghormati dan menghargai keunikan dan kelainan semua individu
Tiada had umur untuk memulakan intervensi awal. Anda boleh memulakan intervensi sekiranya anda mendapati anak anda memerlukan bantuan walaupun anak masih kecil.
Otak adalah seperti span dalam umur lahir-3tahun. Otak akan menyerap (belajar) semua maklumat dari sekeliling dengan cepat sekali. Apa sahaja yang anda ajar atau dedahkan mereka akan menyerapnya dengan cepat.
Sekiranya anak anda tidak merangkak mungkin ada sebab mengapa anak anda tidak merangkak. Contoh: mempunyai kelemahan otot atau otot tegang.
Sila rujuk kepada doktor atau ahli fisioterapi sekiranya anak anda tidak merangkak pada umur 10 bulan.
Kanak-kanak mendapat banyak kebaikan daripada merangkak. Berdasarkan pengalaman kami, kanak-kanak yang tidak merangkak mungkin akan menghadapi masalah seperti kekuatan otot, masalah untuk fokus dan belajar.
Baru-baru ini, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ada memperbaharui julat perkembangan kanak-kanak. Apa yang membimbangkan adalah julat perkembangan yang terbaru agak lewat jika dibandingkan dengan julat perkembangan yang sebelumya.
21 Mac setiap tahun merupakan Hari Sindrom Down Sedunia.
.
Tahukah anda yang kanak-kanak sindrom Down dilahirkan dengan keregangan otot rendah dan kondisi perubatan yang lain.
.
Baca artikel blog ini https://t.co/bFznaBXXJ5 untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sindrom Down
Walaupun CDC adalah untuk Amerika Syarikat tetapi orang dari negara lain masih boleh mendapat maklumat ini dari laman web CDC. Oleh itu, kami ingin menyebarkan kesedaran kepada semua bahawa Merangkak adalah sangat penting!
Dalam CDC, perkembangan yang penting untuk kanak-kanak seperti merangkak telah dikecualikan dalam garis panduan pencapaian perkembangan kanak-kanak.
MERANGKAK merupakan salah satu perkembangan yang PENTING untuk kanak-kanak.
Pernahkah anda berasa susah hati apabila anak anda susah untuk makan?
.
90% masalah makan di kalangan kanak-kanak bukan kerana kanak-kanak memilih makan.
.
#realisationoutreach#redflags#perkembangananak
Kemahiran Motor Halus adalah kebolehan yang diperlukan untuk mengawal otot-otot kecil di tangan untuk melakukan aktiviti seperti menggunakan pencil, gunting, membutang baju dan membuka tombol pintu.