Yang menolongmu itu Allah.
Yang menyembuhkan sakitmu itu Allah.
Yang memberimu rezeki itu Allah.
Yang melindungimu itu Allah.
Yang menyelesaikan masalahmu itu Allah.
Manusia hanya perantara. Jangan salah bergantung. Semua boleh mengecewakan dan meninggalkanmu, tapi Allah tidak.
“Usah mengeluh dengan ujian & redha.. Kerana kita tidak tahu nikmat mana yang Allah kurniakan ketika melaluinya dan nikmat mana pula yang akan ditarik setelah selesai menempuhinya.”
“Haruman Ramadan sudah mula terasa, semoga kita dikurniakan badan yang sihat dan umur panjang agar dapat bertemu dengan bulan mulia bulan ibadah.”
Ya الله, jadikanlah Ramadan tahun ini sebagai akhir dari semua kesedihan kami dan menjadi awal dari kebahagiaan kami. Aamiin.. 🤲😊