Kemensah, 20 Sep 19 - Satu aktiviti riadah santai wanita RSD telah diadakan bertempat di Kemensah Chalet & Waterfall yang melibatkan pegawai dan anggota wanita Rejimen Semboyan Diraja sekitar Lembah Klang.
BAKAT 1 RSD telah menganjurkan “Ladies Night" BAKAT yang disempurnakan oleh Pn Norasikin bt. Awang di Merdeka Palace Hotel & Suites. Majlis ini diadakan sebagai salah satu program mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli BAKAT disamping meraikan ahli yang bertukar keluar.
SEREMBAN, 12 Sep 19 - Majlis Perasmian Seminar & Pameran RSD Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Seri Jannah, Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh YAM Tunku Puteri Negeri Sembilan Tunku Puan Sri Dato’ Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja’afar.
97 RSPE telah ditugaskan sebagai penganjur bagi Pertandingan Boling (BAKAT) psk di bawah perintah Jab RSD. Pertandingan yang disertai oleh 40 ahli BAKAT ini telah diadakan di UTM Residensi, KL dengan perasmian pembukaan disempurnakan Puan Izan bt. Norahim, Isteri Pemangku KPS.
91 RSD telah diberi kepercayaan untuk mengkoordinasikan Mesyuarat Agung PVRSD kali ke-14 bertempat di Wisma Perwira RSD, Jln Ampang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Kor RSD, Brig Jen Ahmad Saifuddin b. Talha disaksikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan RSD & ahli PVRSD.
SUNGAI BESI, 31 Ogos 19 - Seramai kira-kira 700 peserta terdiri daripada pegawai, staf, jurulatih, dan penuntut bersama keluarga telah menjayakan Family Day dan Merdeka Fun Run peringkat IKED yang diadakan di Padang Kawad Cawangan Rejimental.
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 19 - Ahli Kelab Laman Camar (KLC) 91 RSD yang terdiri daripada semua pegawai dan PTTK telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang kepada Pegawai Memerintah, Lt Kol Suhaila binti Dahalan bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-62. SELAMI ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR SEIRING PEMBANGUNAN BANGSA DAN NEGARA.
IKHLAS DARIPADA KETUA PEGAWAI SEMBOYAN.
SG BULOH, 13 Ogos 19 - 11 SSB telah melaksanakan Majlis Hari Raya Korban peringkat pasukan bertempat di perkarangan Kelab Camar pasukan. Suasana kemeriahan dapat dirasai apabila majlis tersebut turut dihadiri ahli BAKAT pasukan yang turut sama membantu menyediakan juadah hidangan
MELAKA, 9 Ogos 19-10 SSB (Para) telah mengadakan Karnival Sukan dengan perasmian pembukaan oleh Ketua Skn, Lt Kol Marvine anak Gep. Objektif utama karnival ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan di kalangan anggota & mengeratkan semangat setia kawan antara satu sama lain.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 19 - Jab RSD telah menganjurkan perlawanan futsal 3 penjuru melibatkan pasukan Jab RSD, 96 RSTD & 97 RSPE. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang futsal 93 RSD itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pasukan serta pemain yang terlibat.
KUANTAN, 3 Ogos 19 – Pertandingan Badminton BAKAT 4 Briged (Mekanize) anjuran 4 SSB (Mek) bagi Tahun 2019 telah diadakan di Gelanggang Badminton Kuantan Sinergy Sport Center, Sungai Isap, Kuantan.
KUALA LUMPUR, 1 Ogos 19 - 73 SS GAPU telah mengadakan Majlis Meraikan Ahli Kelab Camar Transmitter yang Bertukar Keluar & Bersara di MZ Cafe, Bandar Baru Bangi. Ianya bertujuan menghargai perkhidmatan cemerlang serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh mereka kepada psk ini.
IPOH, 26 Jul 19 - Kelab Kriss Seagull 2 SSB telah menganjurkan Pertandingan Boling bertempat di AEON Kinta Bowling, Ipoh. Sempena penganjuran pertandingan ini turut diadakan majlis meraikan ahli bersara yang dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Skuadron.
MELAKA, 25 Jul 19 - 10 SSB (Para) telah mengadakan Majlis Penghargaan Pegawai & Anggota Bertukar Keluar bertempat di Garaj Kenderaan pasukan, bertujuan meraikan barisan pegawai & anggota yang bertukar keluar dari pasukan bagi tahun 2019.
SG BESI, 24 Jul 19 - 71 RSDPMB telah mengadakan Hari Pengajian bertempat di Bilik Kuliah pasukan. Hari Pengajian Pasukan yang diadakan ini adalah sebagai medium kepada anggota 71 RSDPMB menambah ilmu pengetahuan yang dikongsikan bersama oleh pegawai dan juga anggota LLP.