Zaman Pak Lah ni paling aku ingat ialah program J-Qaf yang diterapkan di sekolah rendah.
Moga-moga mengalir pahala Pak Lah, asbab beliau budak sekolah pandai mengaji menerusi program J-Qaf.
Rahimahullah rahmatan wasiatan.
Sedihnya. 🥹
Pak Lah satu-satunya PM yang lepas turun tak ada dah join politik or dengar dia kritik orang lain. Dia punya legasi nak naikkan food security dipandang enteng walhal it should be done well.
Al-fatihah Pak Lah aka Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Malaysia mourns the loss of a quiet giant.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, our 5th Prime Minister, has passed away.
We called him Pak Lah.
A leader who showed us that strength doesn’t always need to be loud. 😢🇲🇾
Saya akan kenang al-Marhum Pak Lah juga sebagai seorang penulis dan pemikir.
Puisi beliau, Ku Cari Damai Abadi adalah prinsip dan falsafah hidup beliau.
Dinyanyikan oleh Datuk Ramli Sarip.
Sahabat-sahabat, ambil masa malam ini dan hayati bait-bait puisi yang beliau tinggalkan buat kita ini.
"Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi"
Selamat berangkat ke negeri abadi Pak Lah.
Semoga Tuhan menyambutmu dengan rahmat dan keampunan-Nya.
Pak Lah merupakan antara Perdana Menteri yang amat berpengalaman di pentas antarabangsa. Pak Lah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri selama 8 tahun sebelum dilantik menjadi TPM pada 1999, dan Perdana Menteri pada 2003 menggantikan Tun M. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Terima Kasih Pak Lah :
- Buku teks Percuma 100%
- Budi Bahasa Budaya Kita
- Islam Hadhari
- Pertanian adalah Perniagaan
Kepimpinannya aman dan tenang.
Polisinya memberi impak
Semoga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan beramal soleh
Pak Lah once wrote this poem during his term as Prime Minister of Malaysia. It was translated into more than 80 languages, and Ramli Sarip even turned it into a song with the same title, ‘Ku Cari Damai Abadi’.
Innalillah. Salam takziah.
Al-Fatihah for Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Satu lagi jasa besar Pak Lah adalah ketika beliau memerintah
Berlaku kenaikan gaji kakitangan kerajaan secara agak besar
Dan memberi pendapatan signifikan kepada kakitangan kerajaan
Pak Lah led with integrity and courtesy, and quietly stepped away without clinging to power, a rare kind of grace in our politics. His service and humility won’t be forgotten. Al-fatihah.
Sedih dengar pemergian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah. Tokoh yang perjuangkan Islam Hadhari dan menitik beratkan isu bekalan makanan serta cakna tentang penjawat awam dan guru. Semoga Allah ampunkan dosa Tun dan roh Tun ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Al-Fatihah buat Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pak lah was pushing for food security in Malaysia back before. Jasamu dikenang.
al-fatihah.
saat semua orang tak terfikir mengenai keselamatan makanan dan pembangunan pertanian, pak lah antara yang proaktif promote sektor pertanian sebab beliau sedar kepentingan food security. katanya “pertanian bukan langkah ke belakang” and he is right.