Bawa anak ke taman dinosaur di Monkey Canopy, Sg Long. Nak pergi jauh-jauh, sekarang musim hujan. Jadi, pergi yang dekat saja.
Tempat ini siang cantik, malam pun cantik.
PERJUMPAAN POCONG SEMALAYA - wtf?
“Gambar ini dari salah seorang pesakit. Dia cuma ambil gambar biasa dekat hutan belukar, tapi bila tengok balik ada ‘benda’ yang tak sepatutnya ada. Saya pun tak pasti apa tu. Saya cuma kongsi.”
—Am Prai, Pengamal Perubatan Islam Al-Idrus
BACHOK - Seorang lelaki ditahan kerana mencabul remaja perempuan di pusat pemindahan sementara di Bachok.
Suspek berusia 21 tahun mencabul remaja 16 tahun.
Mangsa tidak mengenali suspek dan kejadian itu berlaku selepas berbual di PPS.
Ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan untuk siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan suspek memiliki rekod jenayah lampau.
Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan Jantan
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Seramai 201 lelaki, termasuk 17 penjawat awam, ditahan dalam satu operasi bersepadu selepas dipercayai terbabit dengan aktiviti hubungan songsang di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, malam tadi.
Operasi mengejut kira-kira jam 8 malam itu dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dua minggu pemantauan dan risikan berdasarkan maklumat awam.
Kesemua mereka berumur antara 19 hingga 60 tahun.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar, premis dua tingkat yang menyamar sebagai pusat kesihatan lengkap dengan gimnasium, sauna, spa, kolam mandi dan ruang rehat itu dipercayai menjadi lokasi pertemuan golongan lelaki yang menjalinkan hubungan sejenis.
Premis itu didakwa beroperasi sejak lapan bulan lalu dengan caj pendaftaran seumur hidup RM10 dan bayaran RM35 bagi setiap kunjungan.
> “Maklumat awal mendapati aktiviti tidak bermoral berlaku di dalam premis ini. Pelanggan saling berkenalan di sini sebelum melakukan kegiatan terlarang,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Daripada 201 individu yang ditahan, seramai 17 adalah penjawat awam termasuk doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai beberapa agensi penguat kuasa.
Turut ditahan ialah pengunjung warga Korea Selatan, Indonesia, Jerman dan China.
Dalam masa sama, 80 lelaki beragama Islam turut ditahan di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Polis sedang meneruskan siasatan mengikut Seksyen 387B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii.
Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal juga mendapati pusat itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan kelompok tertentu di media sosial, yang mendakwa ia menawarkan “perkhidmatan istimewa” serta ruang untuk bertemu kenalan baharu.
Pusat itu beroperasi setiap hari bermula jam 5 petang sehingga lewat malam dan dipercayai menyasarkan golongan bekerja yang ingin “berehat” selepas waktu pejabat.- MYNEWSHUB
Sarang aktiviti seks songsang berselindung di sebalik gimnasium dan sauna di Chow Kit.
PTD, Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Cikgu Sekolah antara 16 Penjawat Awam yang ditahan dalam pusat maksiat di Kuala Lumpur malam tadi.
Kenyataan media.
Kami akan mengeluarkan perkembangan lanjut dalam masa terdekat sebaik siasatan awal selesai.
Segala maklumat rasmi akan dimaklumkan melalui saluran Sinar Harian.
#SinarHarian#SuaraRakyat#Isurakyat