Menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, malam ini.
Mesyuarat merangkumi penyelarasan operasi dan strategi gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
#BARISANNASIONAL
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ๐๐
Saya telah menerima satu memorandum daripada Persatuan Kebajikan Pemilik dan Pewaris Hartanah Kg. Datuk Keramat Kuala Lumpur (Perwaris) yang merupakan penduduk-penduduk Kg. Datuk Keramat.
Penduduk mahu status tanah mereka digazetkan kepada Hak Milik Kekal Tanah Rizab Melayu daripada status sekarang iaitu Pegangan Pajakan (Leasehold).
Penduduk Kg. Datuk Keramat berhasrat membawa perkara ini kepada pihak Kerajaan Persekutuan, khususnya kepada Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP, di mana @pptg_wp merupakan agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan. @kwp_my
Hampir 100% penduduk yang memiliki tanah berstatus leasehold di Kg. Datuk Keramat ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.
Apa yang mereka mahu adalah supaya tanah Kg. Datuk Keramat ini, tidak sewenang-wenangnya dijual kepada mana-mana pihak oleh generasi akan datang.
Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, di mana Kg. Datuk Keramat berada di dalam Parlimen Titiwangsa, saya memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.
#DATUKKERAMAT
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Sekitar perjumpaan bersama masyarakat di Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa yang memerlukan perhatian bagi membantu dalam perkara-perkara berkaitan permasalahan kawasan.
Bagi penduduk Parlimen Titiwangsa yang mahu membuat aduan kawasan boleh hadir ke pejabat. Pegawai yang bertugas sentiasa bersedia untuk membantu. Butiran maklumat:
๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐ก๐ฅ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ข๐ญ๐ข๐ฐ๐๐ง๐ ๐ฌ๐
๐๐๐ซ๐ข: Isnin hingga Jumaat
๐๐๐ค๐ญ๐ฎ: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
๐๐จ. ๐ญ๐๐ฅ: 03-78000367
๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ: Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, Wisma Jozawa, No.39, Jalan 3/76d, Desa Pandan, Kuala Lumpur
๐๐๐ฅ. ๐๐จ.: 03-78000367
๐๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฌ: Titiwangsa Member of Parliamentโs Office, Wisma Jozawa, No.39, Jalan 3/76d, Desa Pandan, Kuala Lumpur
#JAG #TITIWANGSA
Sekitar suasana Hari Raya Aidiladha bersama penduduk Parlimen Titiwangsa di Kg. Pandan, Kg. Datuk Keramat dan Kg. Bharu.
Alhamdulillah, ibadah korban tahun ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak masjid, surau dan seluruh komuniti setempat yang telah bertungkus-lumus menjayakan ibadah korban tahun ini.
Semoga segala amalan kita diterima dan terus diberkati Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Through the lens of APEC MRT 2026 in Suzhou, China. A glimpse into Malaysiaโs continued efforts to strengthen regional cooperation, expand strategic economic partnerships, and navigate an increasingly complex global trade environment through practical and constructive engagement.
From bilateral meetings to regional discussions, Malaysia remains committed to advancing open and rules-based trade, strengthening investment and industrial collaboration, and ensuring that growth, innovation and sustainability continue to deliver meaningful benefits to Malaysia.
#APEC2026 #CHINA
Mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Mesyuarat turut membincangkan penyelarasan kerja bagi memastikan kelancaran Mesyuarat UMNO Bahagian-Bahagian di Wilayah Persekutuan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
#UMNO
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab digital dan pusat data utama di rantau ini.
Ketika merasmikan Malaysia Data Centre and Cloud Infrastructure Expo 2026, saya menegaskan bahawa pembangunan pusat data perlu bergerak seiring dengan kelestarian, kecekapan penggunaan tenaga dan air, serta perancangan sumber negara yang bertanggungjawab.
Kami juga komited memperkukuh penglibatan syarikat tempatan dan pembangunan bakat Malaysia dalam ekosistem AI, cloud dan digital agar manfaat pertumbuhan industri ini dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.
Macam-macam gelagat dan gurauan bersama penduduk-penduduk Kg. Bharu di rumah terbuka semalam.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.
Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi di program dan majlis lain sekitar Parlimen Titiwangsa nanti.
Sebahagian penduduk dan keluarga yang tinggal di Kg. Bharu ini telah saya kenali selama berbelas-belas tahun, sejak saya menjadi wakil rakyat kira-kira 13 tahun yang lalu, pada tahun 2013.
Sebab itu, perkara yang menggembirakan saya bila dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga mereka. Jumlah penerima sumbangan bagi kawasan Kg. Bharu dan PPR Hiliran Ampang pula adalah seramai 4,500 orang.
Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan mereka sekeluarga. Sabtu dan Ahad ini saya akan turun pula ke PPR Laksamana, PPR Cochrane, Flat Desa Pandan, Kg. Pandan dan Taman Maluri. Kepada penduduk kawasan-kawasan ini, kita jumpa di sana ya.
Terima kasih kepada Amanah Raya Berhad atas sumbangan sebanyak RM300,000 kepada SMK Datok Lokman & SMK Alam Megah menerusi Program AmanahRaya โค๏ธ & Care Sekolah Angkat MADANI.
Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada SMK Datok Lokman yang berada di bawah kawasan Parlimen Titiwangsa ini merangkumi pembinaan susur gajah, pelaksanaan kerja-kerja mengecat sekolah dan lain-lain lagi sebagai usaha menyeluruh untuk memperindah infrastruktur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar-pelajar.
Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Titiwangsa, saya akan terus berusaha dan berkhidmat untuk menjaga kepentingan masyarakat serta komuniti di sini.
Turut hadir ialah Pengetua SMK Datok Lokman, Dr. Fauziah Mail dan Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan AmanahRaya, En. Lokman Ab Latif.
#JAG #PENDIDIKAN #TITIWANGSA
Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa telah menerima aduan berhubung isu infrastruktur di Gurdwara Sahib Kg. Pandan yang mengakibatkan kejadian banjir ke dalam bangunan. Berikut merupakan lawatan bagi menilai situasi dan punca permasalahan.
#JAG#KGPANDAN
I was pleased to welcome His Excellency Luiz Inรกcio Lula da Silva, President of the Federative Republic of Brazil, upon his arrival at the Bunga Raya Complex, KLIA, this afternoon in conjunction with the 47th ASEAN Summit and Related Summits.
Malaysia and Brazil share a common vision of sustainability, inclusivity, and SouthโSouth cooperation. May President Lula da Silvaโs visit further deepen our friendship and open new chapters of strategic collaboration for the mutual benefit of our peoples.
#ASEAN
Sekitar suasana Kejohanan Futsal Titiwangsa yang disertai lebih 400 anak muda dari kawasan Kg. Bharu, Kg. Pandan dan Kg. Datuk Keramat.
Apa yang penting bagi saya ialah usaha untuk mewujudkan aktiviti yang bermanfaat bagi mengisi masa lapang mereka. Melalui penganjuran seperti ini, penglibatan dalam gejala sosial negatif dapat dikurangkan, di samping memberi manfaat kepada pembentukan identiti komuniti setempat.
Ia juga menjadi platform untuk membina hubungan yang lebih baik dengan anak-anak muda yang membesar di Bandaraya Kuala Lumpur ini.
Tahniah kepada pemenang daripada pasukan Cendana Perkasa, Kartalla Jr. A dan Sina FC! โฝ๏ธ
#JAG
SEKOLAH PATRIOTIK UMNO
Hari ini saya meluangkan masa bersama anak-anak muda di Sekolah Patriotik UMNO. Inisiatif ini merupakan usaha parti bagi melahirkan pemimpin generasi baharu untuk memberi pendedahan politik kepada mereka.
Hari ini saya berkesempatan merasmikan Kursus Kenegaraan bagi Pemimpin Masyarakat Wanita Titiwangsa. Kursus ini menekankan modul kepimpinan, komunikasi dan pengurusan komuniti bagi membantu melahirkan pemimpin masyarakat yang lebih berwibawa serta mampu memahami isu tempatan dengan pendekatan yang baik.
Saya juga berpeluang memberikan pandangan kepada para peserta mengenai isu pembangunan ekonomi, sosial dan dasar semasa.
Melalui perbincangan ini, mereka akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang perkembangan negara.
Selesai merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sipitang, Beaufort, Shah Alam dan Ampang. Dalam mesyuarat ini, saya telah menekankan kepentingan membentuk pasukan yang mantap di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Semalam, saya telah menyuarakan kebimbangan penduduk dan peniaga berhubung isu projek pelebaran jalan yang melibatkan jambatan serta laluan jalan dalam Desa Pandan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri @DrZalihaMustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif. Hasil perbincangan dan tinjauan tapak, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @DBKL2u bersetuju untuk mengkaji semula pelaksanaan projek ini dengan beberapa cadangan penyelesaian seperti berikut:
Saya menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @DBKL2u untuk meneliti dan mengkaji semula projek pembesaran jalan yang melibatkan jalan dalam di Desa Pandan ini. Projek pelebaran jalan yang memberi laluan kepada kenderaan berat adalah tidak sesuai kerana jalan di sini merupakan kawasan perumahan dan struktur jalan yang tidak mampu menampung lori besar serta treler.