Pengalaman lebih 20 tahun bekerja di Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) dalam menjaga gajah menjadikan A. Arasu, 47, dari Trong, Taiping bukan sahaja mengenali secara rapat karakter haiwan liar itu, malah mampu menjinakkannya.
Dia boleh memberi arahan seperti ‘duduk’, ‘hormat’ dan sebagainya kepada enam ekor Gajah Asia, termasuk seekor jantan yang diberi nama ‘Setia’.
Katanya, pada awalnya dia turut berasa bimbang untuk mendekati haiwan liar berkenaan, namun lama-kelamaan, ilmu yang dipelajari daripada penjinak gajah terdahulu berjaya dikuasainya dengan baik.
Foto : Abdullah Yusof
#malaysiagazette #MGPerak #ZTNS
Kemalangan maut dua beradik di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Pasir Puteh Ipoh
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa
📸 FB Howard Lee Chuan How
Cucu dalam dewan peperiksaan
SPM, sementara nenek yang menunggu di luar membaca Surah Yassin dan zikir untuk cucu.
Semoga peroleh kejayaan.
📹 c_s.ihsan
MGPerak: Kanak-Kanak Berkhatan Teruja Disiram Bomba
Pelbagai gelagat dan aksi lucu ditunjukkan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Pedalaman 2024 di Kampung Chadak, Ulu Kinta pada Sabtu.
Program anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP) yang diadakan secara percuma itu melibatkan 52 kanak-kanak terdiri daripada Orang Asli, anak yatim dan golongan asnaf berusia antara 6 hingga 14 tahun.
Di samping itu, turut diadakan beberapa aktiviti antaranya, perarakan peserta menaiki motosikal berkuasa tinggi, acara merenjis dan menyuap pulut semangat kepada peserta di pelaminan.
Selain itu, persembahan silat kepada peserta di hadapan pelamin, semburan air oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun serta kenduri rakyat bagi meraikan tetamu yang hadir. - MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #berkhatan
Video: Firdaus Nazmi
MGPerak: Gagal Jual Nasi Lemak, Kini Pelanggan Beratur Demi Pasta Cedok
Bermula dengan sekadar mencuba-cuba, Rodziah Mohd Ali, 37, tidak menyangka perniagaan Pasta Cedok yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, ia susulan langkahnya memuat naik video perniagaan menjual makanan tradisi Itali secara bergerak menggunakan van itu ke aplikasi video pendek TikTok. - MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak
Video: Firdaus Nazmi
MGPerak: Santuni Madani: MIDF, KPB Tandatangani MoU, Rancakkan Pelancongan Pangkor
Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi Pangkor Berhad (KPB), pada Ahad sebagai usaha merancakkan lagi industri pelancongan di pulau peranginan berkenaan.
Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MIDF, Azizi Mustafa bersama Pengerusi KPB, Azmi Abd Hamid sambil disaksikan kira-kira 10 ahli lembaga koperasi di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor, dekat sini. - MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak
Video: Firdaus Nazmi
Suasana Perkampungan GISBH di Batu Hampar, Beruas
Perkampungan Global Ikhwan Services and Businesses Holdings (GISBH) di Kampung Batu Hampar Dalam, Batu Hampar, Beruas.
Foto : ABDULLAH YUSOF
#malaysiagazette#mgperak#perkampunganGISBH#batuhampar
MGPerak: Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 Pelajar Antara Yang Ditahan
IPOH – Seramai 69 pelajar termasuk seorang murid Tahun Enam antara 136 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, di Jalan Klebang Ria, di sini, pada Ahad.
Daripada jumlah tersebut, 22 pelajar Tingkatan Lima yang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan ini antara yang ditahan dalam operasi itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, operasi itu dilakukan susulan polis menerima aduan dari penduduk setempat berhubung kegiatan lumba haram yang semakin berleluasa dan mengganggu ketenteraman awam di kawasan terbabit. - MGPerak
#malaysiagazetteperak #MGPerak
Video : Syakir Yusof
Perak telah memanggil Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) berhubung sebuah klip video tular mengenai kursus lawatan anjuran jabatan itu di sebuah kuil baru-baru ini. #viral