Sometimes I need to sit back and realised how amazing it is for hanbin and bobby to brainstorm and create song as magnificent as Climax and they were like 16-17 at that time
Hantar Etnik Rohingya ke Negara Tandatangani Konvensyen Pelarian – ADUN Duyong
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencadangkan supaya pelarian etnik Rohingya dihantar ke negara yang menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian atau Protokol 1967.
Beliau ketika dihubungi Mynewshub hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani konvensyen tersebut seperti negara-negara lain, namun ramai pelarian Rohingya memasuki negara ini.
Mohd Noor Helmy turut menegaskan pendiriannya agar etnik Rohingya ditempatkan di kawasan khas sekiranya mereka tidak dapat dihantar ke negara terbabit susulan peningkatan jumlah pelarian itu yang didakwa menimbulkan pelbagai isu.
“Hantar ke negara yang tandatangani (dengan) UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian). Kita (Malaysia) tak tandatangani. Pasal dia dah masuk negara kita atas dasar kemanusiaan yang makan diri. Dulu asas utamanya adalah kerana agama.
"Macam sekarang mereka ini duduk berselerak. Macam di Duyung dua lorong saja yang ada. Dia mula datang ke lorong lain kita dah pastikan tuan rumah kita 'susahkan'. Dari dua lorong ini kita senang pandang (pantau)," katanya.
Terdapat 149 buah negara di seluruh dunia yang merupakan pihak penandatangan kepada Konvensyen Pelarian 1951, Protokol 1967 atau kedua-duanya sekali.
Perjanjian antarabangsa itu dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan antara negara terlibat Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Sweden, Sepanyol, Uganda, Sudan, Kenya, Kanada, Brazil, Turki, Pakistan, Iran, Yaman, Kemboja dan Filipina.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen
Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun UNHCR dibenarkan beroperasi atas dasar kemanusiaan bagi menguruskan pelarian dan pencari suaka yang berada di dalam negara dan membantu memindahkan mereka ke negara ketiga.
Terdahulu, Mohd Noor Helmy menegaskan beliau masih berpegang kepada pendirian bahawa isu pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani melalui kawalan berpusat serta usaha mendapatkan penempatan di negara ketiga.
Mengulas kenyataan lamanya yang kembali tular di media sosial, beliau berkata cadangan itu dibuat kerana kerajaan berdepan pelbagai kekangan dalam menguruskan pelarian Rohingya yang tidak boleh dihantar pulang.
“Kita faham kerajaan menghadapi masalah untuk menghantar mereka pulang. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak dibenarkan bekerja dan berniaga. Jadi, kita perlu mencari satu kaedah untuk menguruskan mereka,” katanya.
Menurut beliau, antara cabaran utama adalah aspek penguatkuasaan undang-undang kerana pelarian yang melakukan kesalahan akan menjalani hukuman, namun tidak dapat dihantar pulang seperti pendatang asing tanpa izin (PATI)
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga sedang melaksanakan projek perintis bagi mendaftarkan semula pelarian Rohingya melalui sistem yang lebih tersusun, namun persoalan yang timbul apakah dasar seterusnya.
Beliau turut mendakwa terdapat isu berkaitan etnik Rohingya yang didakwa boleh mendapatkan kad UNHCR baharu menggunakan identiti lain dengan bayaran sekitar RM450.
"Contoh (pernah) ada kes cabul di Duyong. Lepas tiga tahun dia keluar. Dia keluar esok, dia boleh tukar kad pelarian dia.Tukar kad lain nama lain. Berbanding PATI, kita boleh menempatkan mereka di depot tahanan dan menghantar mereka pulang,” katanya..
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pekerjaan yang sah dan terkawal sekiranya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja.
“Kalau kita setuju untuk membenarkan mereka bekerja, biarlah mengikut undang-undang sepenuhnya. Kita perlu pantau. Begitu juga jika mereka berniaga, ia perlu dipantau dengan betul.
“Sekarang ini, kita lihat ada syarikat yang menggajikan pekerja Rohingya dengan membayar gaji yang rendah mengikut sesuka hati, tidak perlu membayar caruman KWSP dan Perkeso.
“Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek
Warga Bangladesh yang saya kenal. Walau sudah bekerja di Malaysia 10-15 tahun, mereka tetap pasang niat untuk balik ke negara asal.
Rohingya lain, mereka mahu jadi warganegara. Jika kita benarkan, ada berjuta lagi Rohingya sedang tunggu masa untuk serbu masuk Malaysia.
Rohingya dari Myanmar. Jika lihat rupa, mereka mirip Bangladesh tapi Bangladesh juga tidak mengaku itu rakyat mereka. Sekarang mereka berkampung di Malaysia.
Yang terbaik ialah seluruh negara harus tekan UN untuk paksa Myanmar terima Rohingya.
Tapi itu lah, UN pun tak guna.
as long as you keep showing up, the results won’t have a choice. just keep showing up. day in, day out cause some of the biggest changes in your life will happen slowly before they happen all at once. even when it feels repetitive. even when it feels boring. even when you feel like you’re putting in effort and getting nothing back yet. keep showing up. keep doing the work. keep trusting that every small thing you do is adding up somewhere. life rewards the people who stay consistent long enough for the results to finally catch up.