Krisis ekonomi dunia.Aku melihat ramai yang berjaya keluar. Mereka berani mencipta peluang. Berani mencuba sesuatu yang baru. Dulu kita lihat orang berniaga bertani adalah satu bidang yang dipandang rendah. Tetapi kenapa kini ramai yang terjun ke bidang itu.
Aku melihat ramai orang yang berjaya. tetapi aku melihat sedikit sahaja yang bersyukur atas kejayaan. Kejayaan datang daripada rezeki. Rezeki datang daripada Sang Pencipta. Jangan takbur atas kejayaan.
Melayu melambang kelembutan, sopan satun, kasih sayang dan tinggi adabnya. Itu adalah luaran yang sentiasa ada pada melayu. Dalamnya tersirat beribu erti. Hatinya kuat pantang dicabar. Kasihnya utuh tiada penghujung.
Jika bersatu gegar alam yang dipijak.
#melayu
Apabila setiap hari kita menggunakan otak untuk berfikir secara maksima, kita dapat menghasilkan sesuatu di masa hadapan dengan lebih mudah. Jangan malas berfikir kerana itu adalah kelemahan manusia untuk berjaya
Berkerja keras bukan bererti kita adalah yang terbaik dihadapan semua orang..kerja keras adalah untuk mengumpul ilmu untuk diri dan masa hadapan. Ilmu itu adalah cara otak berfikir dan mampu menghasilkan sesuatu tindakan yang terbaik